RM 0.00
daripada sasaran RM 10,665.900
penyumbang59
hari lagiAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kelab JASA akan menganjurkan “JASA’s Outreach: IQTISAD YUM” sebagai kesinambungan usaha berterusan kelab ini untuk membantu komuniti Orang Asli di Pos Yum, Sungai Siput, Perak. IQTISAD YUM memerlukan bajet sebanyak RM10,665.90 untuk membeli barang keperluan asas seperti tepung gandum, bihun, gula, garam, biskut kering, teh, susu tin, beras, sardin, minyak masak, dan kit kebersihan (hygiene kits). Program ini bertujuan untuk memberi impak positif yang berkekalan, dengan setiap usaha dijalankan bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti. Dengan sokongan dan sumbangan semua pihak, Kelab JASA berharap dapat menyokong pembangunan jangka panjang komuniti Orang Asli di Pos Yum. Antara objektif program ini adalah memastikan kesejahteraan komuniti Orang Asli melalui literasi kewangan dan menambah baik kemudahan, mendidik dan menyampaikan pemahaman ilmu agama Islam yang berkaitan dengan pengurusan kewangan kepada komuniti, memperkasakan komuniti Orang Asli dengan pengetahuan literasi kewangan bagi memupuk kecekapan kendiri, pengurusan wang yang bertanggungjawab, dan kelestarian ekonomi.
TARIKH: 6 November - 8 November 2026
TEMPOH: 3 hari
TEMPAT: Kampung Orang Asli Pos Yum, Sungai Siput, Perak.
SASARAN KUTIPAN: RM 10,665.90
Kelab JASA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan memberi sumbangan untuk "JASA’s Outreach:IQTISAD YUM". Tanpa sokongan anda, program ini tidak akan berjaya. Kami amat menghargai setiap bantuan dan keprihatinan yang diberikan. Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda. Mohon doakan program kami berjalan dengan lancar. Jika terdapat lebihan kutipan derma untuk program ini, akan kami salurkan ke program seterusnya.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen dilancarkan
08 Oct 2026

