RM 0.00
daripada sasaran RM 11,205.080
penyumbang28
hari lagiKelab JASA akan menganjurkan JASA’s OUTREACH “REITITOM 2.0” sebagai kesinambungan usaha berterusan kelab ini untuk membantu komuniti Orang Asli di Pos Titom, Lipis, Pahang. JASA’s OUTREACH “REITITOM 2.0” memerlukan dana sebanyak RM11,205.08 untuk membeli barang keperluan asas seperti tepung gandum, bihun, gula, garam, biskut kering, teh, susu tin, beras, sardin, minyak masak, dan kit kebersihan (hygiene kits). Program ini bertujuan untuk memberi impak positif yang berkekalan, dengan setiap usaha dijalankan bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti. Dengan sokongan dan sumbangan semua pihak, Kelab JASA berharap dapat menyokong pembangunan jangka panjang komuniti Orang Asli di Pos Titom.
TARIKH: 10 July 2026 - 13 July 2026
TEMPOH: 3 Hari
TEMPAT: Kampung Orang Asli Pos Titom, Lipis Pahang
SASARAN KUTIPAN: RM 11,205.08
Kelab JASA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan memberi sumbangan untuk JASA’s OUTREACH “REITITOM 2.0”. Tanpa sokongan anda, program ini tidak akan berjaya. Kami amat menghargai setiap bantuan dan keprihatinan yang diberikan. Terima Kasih sekali lagi atas sokongan anda. Mohon doakan program kami berjalan dengan lancar. Jika terdapat lebihan kutipan derma untuk program ini, akan kami salurkan ke program seterusnya.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen dilancarkan
08 Jun 2026

