Selayang, Selangor

3.18956400, 101.36430710
Komuniti

RM 411.83

daripada sasaran RM 4,000.00
10.29575% Complete
22
Penyumbang
30
Hari
Dilaporkan Oleh Sukarelawan:

1. Ringkasan Laporan

JCI Lends A Hands adalah salah satu kampen yang dijalankan oleh sukarelawan alumni Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Seramai 8 orang pelajar telah terlibat dalam menjalankan program ini iaitu 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Objektif utama kampen ini dijalankan adalah bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang kurang bernasib baik dimana ketua keluarga mereka telah diberhentikan kerja akibat daripada desakan pandemik Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan oleh kerajaan. 

Dengan kutipan sebanyak RM 411.83 keseluruhannya, maka bantuan tersebut telah disalurkan kepada golongan yang memerlukan terutamanya golongan asnaf dan miskin tegar. Bantuan ini telah disalurkan di kawasan Jinjang Baru Kuala Lumpur, dan beberapa penempatan di Johor Baharu. Antara jenis bantuan tersebut adalah susu formula bayi, lampin bayi, dan keperluan asas barangan dapur dan sebagainya kepada yang memerlukan. Bantuan tersebut telah diberikan kepada wakil keluarga sahaja dengan bertujuan untuk mengurangkan wabak Covid-19 dan mengekalkan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. kami juga telah menyertai 'slot sedekah jumaat' yang mana kami menggunakan baki kutipan wang daripada kempen ini untuk disalurkan di masjid-masjid berdekatan, dan pusat gelandangan dengan memberikan Nasi Lemak RM1. 

Kami berharap agar bantuan yang disalurkan dapat membantu sedikit sebanyak bebanan yang dipikul oleh mereka sekeluarga dan menjadikan mereka lebih tabah untuk menjalani kehidupan semasa pendemik ini. selain itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dan diharapkan agar semua sentiasa diberkati dan diperluaskan rezeki. Aamiin 

 

 

2. Pecahan Dana

Makanan : RM 4,000.00

3. Nota Terima Kasih

Sumbangan anda dalam menjayakan kempen ini amatlah dihargai. Moga dengan sumbangan anda ini memudahkan kami bagi membantu mereka yang memerlukan.