Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

JEJAK MENGGAPAI IMPIAN 2024 (JMI 2024)

JMI 2024 merupakan program khas yang bertujuan untuk menanam semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar orang asli terpilih dari tiga negeri di Malaysia iaitu Kedah, Pahang dan Selangor.
JEJAK MENGGAPAI IMPIAN 2024 (JMI 2024)
Pendidikan

RM 200.00

daripada sasaran RM 17,989.00
1.1117905386625% Complete

8

penyumbang

46

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Kelab Titian Asli (TAC) adalah satu kelab yang bernaung di bawah Pusat Jaringan Komuniti dan Khidmat Masyarakat (CENSERVE) yang bertujuan untuk menyumbang bakti kepada komuniti orang asli dari aspek islamisasi, pembangunan , pendidikan dan ekonomi mereka. Maka, intipati kertas kerja ini adalah untuk membawa  satu program siri sambungan tahun-tahun sebelumnya di bawah kelab ini iaitu “Jejak Menggapai Impian 2024” atau dikenali sebagai JMI. Kertas kerja ini adalah untuk siri pertama projek kami dan kami akan cuba untuk meneruskan projek ini sehingga matlamat dan objektif kami tercapai. Program ini diharapkan dapat memberi impak kepada para peserta dalam pendidikan dan motivasi. Dengan bertemakan “Tiada yang mustahil dalam mengejar impian”, program ini akan memfokuskan kepada aktiviti yang dapat menarik minat para peserta untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini juga ingin mengajar para pelajar bahawa tidak ada yang mustahil jika mereka terus berusaha dan percaya pada impian mereka. Selain itu, UIAM telah dipilih sebagai lokasi  untuk memberi pendedahan kepada para peserta dan mereka akan dijemput menyertai lawatan melihat di sekitar universiti yang menunjukkan semua tempat pendidikan di UIAM.

       Penganjur utama program ini ialah Kelab Titian Asli UIAM, Gombak. Program ini adalah kesinambungan daripada program sebelumnya yang juga dikendalikan oleh Kelab Titian Asli. “Jejak Menggapai Impian 2024” merupakan program berteraskan motivasi diri di mana seramai 80 peserta dari sekolah rendah (Tahun 4 hingga Tahun 6) terdiri daripada pelajar orang asli dari Kedah, Pahang dan Selangor akan dijemput ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM. Objektif utama program ini adalah untuk mempromosikan minat peserta dan mendedahkan mereka kepada pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. 

           Program ini berlangsung selama tiga hari dan akan diisi dengan aktiviti yang bermanfaat dan menyeronokkan para peserta. Aktiviti yang dijalankan adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang kepentingan pendidikan pada masa hadapan. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai perkara-perkara yang boleh dicapai dengan mengambil berat tentang pendidikan dan mereka juga akan dibawa melawat beberapa tempat penting di Malaysia. Sepanjang program ini, para peserta akan didedahkan dengan kehidupan di universiti selama dua hari program dan akan mengadakan lawatan ke Zoo Negara Malaysia dan Muzium Bank Negara. Kami berharap dengan lawatan ini, mereka akan terdorong untuk berusaha dalam pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kami juga akan berkongsi modul tentang kepentingan membina jati diri, meningkatkan intelek dan menyiapkan para pelajar untuk menangani masalah dalam kehidupan mereka sebagai sebahagian daripada kaedah berkesan yang telah kami jalankan sebelum ini untuk mendidik para pelajar tentang persekitaran pengajian tinggi.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Sumbangan pertama

28 Oct 2024

Kempen dilancarkan

27 Oct 2024