RM 25.00
daripada sasaran RM 20,000.003
penyumbang83
hari lagiSasaran Dana: RM38,000
Tarikh Program: 21–23 November 2025
Anjuran: Kelab Titian Asli IIUM dengan kerjasama JAKOA
Lokasi: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat
Program Jejak Menggapai Impian 2025 merupakan inisiatif Kelab Titian Asli IIUM dengan kerjasama JAKOA untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada 60 pelajar Orang Asli dari Kedah dan Pahang. Bertemakan "Tiada yang mustahil dalam mengejar impian", program ini bertujuan membangkitkan semangat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi melalui pelbagai aktiviti membina jati diri, lawatan kampus dan lawatan ke KidZania.
Kami menyasarkan kutipan dana sebanyak RM38,000 bagi menampung kos pengangkutan, penginapan, makanan, bahan modul, dan tiket lawatan. Program ini akan berlangsung selama tiga hari di Kem Nur Lembah Pangsun bermula 21 hingga 23 November 2025, dengan penglibatan 40 sukarelawan mahasiswa IIUM.
Sumbangan anda mampu mengubah masa depan anak-anak ini dengan memberikan mereka harapan dan keyakinan untuk mengejar cita-cita. Sertai kami dalam menyemarakkan impian mereka agar mereka percaya bahawa pendidikan adalah jalan ke arah masa depan yang lebih cerah.
Setiap sen anda adalah pelaburan ke arah perubahan. Derma sekarang dan jadilah sebahagian daripada kisah kejayaan mereka.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Sumbangan pertama
28 May 2025
Kempen dilancarkan
27 May 2025