Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

KAYUHAN HAFIZ

Kayuhan amal secara solo ini bertujuan mengumpul dana untuk di salurkan ke Yayasan Wardatul Jannah
KAYUHAN HAFIZ
Umum

RM 105,128.87

daripada sasaran RM 100,000.00
105.12887% Complete

848

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Setiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen

En Muhammad Hafiz Abdul Hamid akan melakukan kayuhan secara solo sejauh 5000 km bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Yayasan Wardatul Jannah. Kayuhan akan bermula pada 1 Oktober 2021 dan berakhir pada 31 Disember 2021.

TENTANG RUMAH ANAK-ANAK YATIM WARDATUL JANNAH

Rumah penjagaan ini telah beroperasi semenjak tahun 2010 lagi di Seksyen 9, Kota Damansara. Fasiliti ini boleh memuatkan seramai 75 orang. Namun kerana kekangan kos operasi harian, rumah ini hanya dihuni oleh 20 orang anak-anak yatim atau asnaf lelaki yang berusia antara 9 – 17 tahun.

Sumber kewangan bergantung kepada sumbangan orang ramai yang dikumpulkan melalui aktiviti-aktiviti seperti majlis makan malam, golf amal dan seumpamanya. Walaubagaimanapun, berikutan pandemic Covid 19, tiada sebarang aktiviti penjanaan dana dianjurkan sepanjang tahun 2020 dan 2021. Sumbangan persendirian juga merosot disebabkan impak ekonomi terhadap penyumbang perseorangan dan syarikat yang terjejas pendapatan.

Oleh itu, pihak Yayasan amat mengalu-alukan sumbangan warga Malaysia yang prihatin supaya usaha-usaha menjaga kebajikan anak-anak yang kurang bernasib baik ini dapat diteruskan. Di samping itu, pengambilan lebih ramai penghuni baru dapat juga dipertingkatkan untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi berikutan pertambahan anak-anak yatim kesan kematian ibubapa akibat Covid 19, atau menjadi asnaf kerana kehilangan pekerjaan.

Info lanjut tentang Yayasan Anak-Anak Yatim boleh dilayari di laman FB Yayasan Wardatul Jannah Kota Damansara iaitu @ywardatuljannah

TENTANG KAYUHAN HAFIZ

Setiap tahun, beribu-ribu orang diserang penyakit gaya hidup seperti penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Sebahagian daripadanya berakhir dengan kematian, menyebabkan anak-anak yang ditinggalkan menjadi anak-anak yatim yang kehilangan tempat bergantung. Sebahagian pula mengalami kesan berpanjangan sehingga terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi, atau lebih teruk lagi, kehilangan perkerjaan akibat masalah kesihatan sehingga terjerumus menjadi golongan asnaf.

Sepanjang tiga bulan tempoh kempen berlangsung, saudara Hafiz akan berkayuh sejauh 5000 km kumulatif bagi

  1. Mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan warga Malaysia sebagai langkah preventif bagi membendung kejadian anak-anak menjadi anak yatim atau anak-anak asnaf
  2. Mengumpul dana untuk membantu Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah meneruskan operasi harian sepertimana di atas.

Para penderma boleh mengikuti status kayuhan saudara Hafiz yang akan dikemaskini dari masa ke semasa di IG nya @_hafizhamid. Beberapa tips mudah tentang aktiviti mengayuh juga akan dikongsikan di platform sama. Mudah-mudahan inisiatif ini membantu menggalakan semua untuk mengamalkan cara hidup yang lebih sejahtera.

Sumbangan akan diserahkan kepada Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah di penghujung tarikh kempen kelak. Sokongan anda semua sangat-sangat dihargai dan pastinya sangat-sangat membantu mereka yang sangat memerlukan.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah ditamatkan

31 Dec 2021

100% jumlah sumbangan

31 Dec 2021

Kempen telah dilanjutkan

27 Dec 2021

50% jumlah sumbangan

19 Nov 2021

Sumbangan ke-100

07 Oct 2021

10% jumlah sumbangan

06 Oct 2021

Sumbangan ke-50

04 Oct 2021

Sumbangan ke-10

01 Oct 2021

Sumbangan pertama

01 Oct 2021

Kempen dilancarkan

01 Oct 2021