Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

KELAS MENGAJI AL-QURAN PERCUMA

Kelas Mengaji Al-Quran secara PERCUMA kepada kanak-kanak dari kalangan keluarga miskin dan susah.
KELAS MENGAJI AL-QURAN PERCUMA
Kemanusiaan

RM 11,083.00

daripada sasaran RM 50,000.00
22.166% Complete

334

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Setiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen

Kelas Mengaji Al-Quran ini akan diberikan secara PERCUMA tanpa dikenakan sebarang yuran pengajian kepada kanak-kanak dari kalangan keluarga miskin dan susah. Kelas mengaji ini akan diadakan pada setiap minggu. Kelas mengaji Al-Quran ini akan dibimbing oleh para ustaz dan ustazah yang telah diamanahkan untuk mengajar. Kempen infak sedekah untuk kelas mengaji Al-Quran ini diharap dapat membantu kos operasi, upah mengajar, bahan mengajar, kos pengangkutan dan kelangsungan Kelas Mengaji Al-Quran pada masa mendatang. Kelas Mengaji Al-Quran dan Kempen infak sedekah Kelas Mengaji Al-Quran ini dianjurkan oleh Petubuhan Kebajikan Ummah Pulau Pinang. Diharapkan program Kelas Mengaji Al-Quran mampu membangunkan generasi baru yang celik Al-Quran dan seterusnya dapat membangunkan umat Islam umumnya.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

22 Oct 2021

10% jumlah sumbangan

27 Jul 2021

Sumbangan ke-100

27 Jul 2021

Sumbangan ke-50

24 Jul 2021

Sumbangan ke-10

24 Jul 2021

Sumbangan pertama

24 Jul 2021

Kempen dilancarkan

24 Jul 2021