Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

KEMPEN BANTUAN DATA INTERNET

Kempen Bantuan Data Internet anjuran i-GURU adalah satu inisiatif bagi membantu murid-murid bandar danluar bandar yang miskin untuk penerusan belajar semasa PDPR.
KEMPEN BANTUAN DATA INTERNET
Pendidikan

RM 3,003.00

daripada sasaran RM 30,000.00
10.01% Complete

82

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Setiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen

Adik..macam mana belajar secara PDPR, ok tak ? Alhamdulillah ok, tapi saya ada satu masalah lain pula. Apa tu ? Ya lah.. PDPR kan kelas online..banyak la makan data internet..kadang belum sampai sebulan sudah habis data..macam mana nak teruskan belajar/

Begitulah secebis kisah disebalik suka duka PDPR. Selain masalah capaian internet dan alat peranti, isu lain ialah keperluan penggunaan data internet. Murid-murid akan terganggu pembelajaran jika tiada data internet yang cukup. Justeru kempen yang dijalankan selama sebulan ini menyasarkan agihan kepada 1000 murid agar mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan baik semasa proses PDPR. Ia adalah satu langkah menyelamatkan murid-murid dari keciciran pendidikan dan kehilangan generasi. 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

28 Aug 2021

10% jumlah sumbangan

24 Aug 2021

Sumbangan ke-50

06 Aug 2021

Sumbangan ke-10

30 Jul 2021

Sumbangan pertama

29 Jul 2021

Kempen dilancarkan

29 Jul 2021