RM 10.00
daripada sasaran RM 3,000,000.001
penyumbang88
hari lagiKami ialah Jawatankuasa Masjid An-Nur, Saujana Utama, yang komited untuk membangunkan dan menaik taraf kemudahan masjid demi keselesaan jemaah serta kesejahteraan komuniti Islam setempat.
2. DI MANA anda berada?
Masjid An-Nur terletak di Lot 5021, Jalan Seri Pagi 13, Saujana Utama, Sungai Buloh, Mukim Jojok, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
3. APA masalah yang ingin anda selesaikan?
Masjid An-Nur memerlukan kerja naik taraf bangunan dan kemudahan sokongan bagi meningkatkan keselesaan, keselamatan serta kemudahan beribadah. Antara keperluan utama ialah pembaikan bangunan, sistem mekanikal dan elektrik, pembinaan dinding penahan tanah, sistem saliran, jambatan pejalan kaki serta penyediaan ruang solat sementara sepanjang tempoh pembinaan.
Kami ingin memastikan Masjid An-Nur menjadi tempat ibadah yang lebih selesa, selamat dan kondusif untuk semua lapisan masyarakat. Sumbangan yang diberikan bukan sekadar membantu pembangunan fizikal masjid, malah menjadi amal jariah yang insya-Allah memberi manfaat berpanjangan kepada para jemaah dan generasi akan datang.
4. KENAPA anda ingin mengumpul dana ini?
Kami ingin memastikan Masjid An-Nur menjadi tempat ibadah yang lebih selesa, selamat dan kondusif untuk semua lapisan masyarakat. Sumbangan yang diberikan bukan sekadar membantu pembangunan fizikal masjid, malah menjadi amal jariah yang insya-Allah memberi manfaat berpanjangan kepada para jemaah dan generasi akan datang.
5. BILA anda perlukan dana ini?
Dana diperlukan mulai sekarang bagi membolehkan kerja perancangan, penyediaan dokumen tender dan proses perolehan dilaksanakan pada Oktober hingga Disember 2026. Kerja pembinaan disasarkan bermula pada Januari 2027 dan siap pada September 2027, tertakluk kepada kecukupan dana serta kelulusan berkaitan.
6. BAGAIMANA anda ingin menggunakan dana yang terkumpul?
Dana akan digunakan secara terancang dan berperingkat untuk membiayai:
Naik taraf dan pengubahsuaian bangunan masjid sedia ada.
Kerja mekanikal, elektrik, sanitari dan kemudahan berkaitan.
Pembinaan dinding penahan tanah, pemadatan tanah dan sistem saliran monsun.
Penyediaan ruang solat sementara sepanjang kerja pembinaan.
Pembinaan jambatan pejalan kaki serta kerja keselamatan dan landskap.
Ujian, pemeriksaan, pembaikan kecacatan dan penyerahan projek.
Sasaran kutipan dana keseluruhan ialah RM2.85 juta, tertakluk kepada pengesahan bajet akhir. Setiap sumbangan akan membantu merealisasikan impian kita untuk menyediakan masjid yang lebih baik, selamat dan selesa untuk generasi hari ini dan akan datang.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Sumbangan pertama
16 Oct 2026
Kempen dilancarkan
16 Oct 2026

