RM 0.00
daripada sasaran RM 2,500.000
penyumbangAssalamualaikum,
Saya memohon bantuan untuk si bulus saya yang mengalami penyakit batu karang yang kronik dan perlu menjalani pembedahan dan penjagaan yang rapi termasuk aspek pemakanan dan persekitaran. Manusia boleh berbunyi, "ala, kucing je pun". Namun sebagai manusia yang punya hati dan belas ihsan, tidak tega rasanya membiarkan si bulus terus menderita dan menanggung peritnya sehingga kencing berdarah, pundi kencing bengkak, muntah2, badan melemah, suara semakin tidak kedengaran.
Bersandarkan Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya orang beriman dan beramal soleh, Allah melimpahkan rahmat-Nya, menanamkan dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang". (Maryam, ayat 96)
Saya yang buntu memikirkan nasib si bulus yang setiap hari memandang saya dengan harapan dari seorang manusia untuk bisa membantunya yang kesakitan. Tapi tuannya juga dalam keadaan tidak berkemampuan. Hanya doa setiap hari moga ad insan2 yang diberi rezeki lebih oleh Allah sudi berkongsi untuk menyelamatkan satu nyawa makhluk yang tidak berdosa.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen telah berakhir
03 Sep 2023
Kempen dilancarkan
04 Aug 2023