Sungai Buloh, Selangor

3.18956400, 101.36430710
Pendidikan

RM 30.00

daripada sasaran RM 3,920.00
0.76530612244898% Complete
3
Penyumbang
90
Hari
Dilaporkan Oleh Sukarelawan:

1. Ringkasan Laporan

Berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara serta kekangan daripada pelbagai aspek, program ditukar menjadi sebuah program talian hayat di mana fokus diberikan kepada mereka yang memerlukan bantuan kaunseling untuk penyakit seperti kemurungan, stress dan sebagainya. 

Alhamdulillah, berkat sumbangan daripada para penyumbang, pihak kami telah berjaya melaksanakan program ini dengan lancar. Objektif program juga berjaya dicapai hasil daripada maklum balas peserta program dan daripada pihak penganjur sendiri. Semoga rezeki yang dikongsi bersama daripada para penyumbang bagi keberhasilan program ini akan mendapat ganjarannya daripada Allah SWT, terima kasih. 

 

2. Pecahan Dana

Pendidikan : RM 3,920.00

3. Nota Terima Kasih

Nota kecil : Ini adalah olahan cadangan daripada saya Pegawai Pentadbiran dan Kewangan, bahagian pengurusan dan rakan-rakan seperjuangan di PBNS bagi tujuan mengutip dana untuk menjalankan KURSUS ASAS kepada muallaf. Asal cadangan tersebut adalah sesi kelas dan telah dijalankan beberapa sesi kelas sejak tahun 2020 dengan kerjasama PERKIM Cawangan Shah Alam. Kami juga telah menjalankan beberapa kursus fizikal dengan jayanya seperti Kursus Intensif Asas Muallaf, Fiqh Wanita Muallaf dll dengan kehadiran 30-40 orang satu-satu kursus. Sekarang, PBNS mempunyai rekod muallaf yang berdaftar terus dengan kami yang kian bertambah. Hasrat kami adalah bertujuan memperkasakan pendidikan dan tarbiyah di kalangan muallaf. Namun, pandemik covid ini tidak dapat dipastikan pengakhirannya maka kelas fizikal telahpun dipendingkan, maka, saya berinisiatif sendiri bagi pihak PERKIM khususnya secara langsung dari Bahagian Negeri Selangor untuk mendapatkan dana asalkan kursus dapat dijalankan dan muallaf kami dapat pendidikan sekurangnya yang asas demi mereka menjalankan kehidupan secara Islami akan datang. Saya bagi pihak PERKIM Bahagian Negeri Selangor amatlah mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dan didahului dengan ucapan terima kasih dan penghargaan buat para penyumbang. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa kalian. Terima kasih =)