Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

KYVC MENYANTUNI RUMAH JALINAN KASIH CHERAS

KOSASS Youth Volunteering Club (KYVC), UPM ingin menyantuni dan memberi sedikit sumbangan kepada anak-anak yatim di Rumah Jalinan Kasih Cheras.
KYVC MENYANTUNI RUMAH JALINAN KASIH CHERAS
Komuniti

RM 1,000.00

daripada sasaran RM 1,000.00
100% Complete

11

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

KYVC Menyantuni Rumah Jalinan Kasih Cheras ini merupakan sebuah program yang
dianjurkan oleh KOSASS Youth Volunteering Club (KYVC). Program ini bertujuan
untuk melahirkan rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan di dalam diri ahli
KYVC disamping memberi sokongan moral kepada para penghuni Rumah Jalinan
Kasih Cheras. Selain itu, program ini juga dapat membantu ahli KYVC memperoleh
pelbagai kemahiran dan pengetahuan melalui aktiviti yang akan dijalankan.

Program ini akan berlangsung pada 21 Mei 2023 (Ahad) dengan melibatkan
seramai 40 orang ahli KYVC. Program ini akan dilaksanakan dengan menganjurkan
pelbagai aktiviti seperti sesi Ice Breaking, Explorace dan juga sesi pemberian
hadiah kepada pemenang beserta sumbangan daripada kelab KYVC kepada
penghuni Rumah Jalinan Kasih Cheras.

Akhir kata, impak daripada program KYVC Menyantuni Rumah Jalinan Kasih Cheras
ini, adalah dapat menggalakkan sifat kesukarelawanan dalam diri mahasiswa
seterusnya mencapai teras kesukarelawanan yang telah digariskan oleh Pelan
Strategik H.E.P.A 2021- 2023. Disamping itu, program ini juga berhasrat agar semua
ahli kelab KYVC yang terlibat melibatkan diri dalam program ini dan lebih berminat
untuk menyertai lebih banyak lagi program kesukarelawanan di masa akan datang.
Program ini juga dapat membentuk anggota yang mampu berkomunikasi dengan
baik bukan sahaja dalam kalangan ahli, malah beramah mesra bersama penghuni
Rumah Jalinan Kasih Cheras bagi mewujudkan masyarakat yang penyayang. 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

29 May 2023

100% jumlah sumbangan

13 May 2023

50% jumlah sumbangan

13 May 2023

Sumbangan ke-10

12 May 2023

10% jumlah sumbangan

30 Apr 2023

Sumbangan pertama

30 Apr 2023

Kempen dilancarkan

29 Apr 2023