1. Ringkasan Laporan

Kelab PERKIM UIAM Gombak di bawah Biro Laila telah berjaya menganjurkan sebuah program Laylatul Mahabbah pada 13 November 2021 yang mana menfokuskan  komuniti gelandangan di 3 tempat khusus sekitar Kuala Lumpur iaitu Pusat Transit Gelandangan (PTG), Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit (PPK) dan Anjung Kelana.  

Program ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada kumpulan sasaran bagi membantu dan meringankan beban mereka yang terjejas susulan pandemik COVID-19. Antara sumbangan yang akan diberikan adalah berbentuk makanan tengahari, bahan kering seperti biskut, sachet air, kit kebersihan seperti pelitup muka dan hand sanitizer. Keperluan harian seperti sabun mandi, ubat gigi juga turut diberikan untuk mereka yang tinggal di Anjung Kelana dan Pusat Transit Gelandangan. Seramai 24 orang sukarelawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Butiran sumbangan adalah seperti berikut:

Lokasi:
1) Pusat Transit Gelandangan (PTG) (75 orang)
- Bahan kering 
- Makanan tengahari 
- Kit kebersihan 

2) Anjung Kelana (65 orang)
- Bahan kering 
- Makanan tengahari 
- Kit kebersihan

3)  Pusat Pembelajaran Komuniti (PPK) (100 orang)
- Bahan kering 
- Makanan tengahari 
 
Pecahan Dana
: RM 7300.00

Terima Kasih atas sumbangan yang telah diberikan bagu menjayakan program ini. Semoga usaha ini mendapat keberkatan serta manfaat buat semua didunia dan akhirat.

2. Pecahan Dana

Makanan : RM 4,885.00
Pengangkutan : RM 300.00
Lain-lain : RM 2,115.00

3. Nota Terima Kasih

Sumbangan yang anda berikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.