Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

LETS SEDEKAH: PUSAT JAGAAN RUMAH BUDI

Kempen Let's Sedekah Ramadan ini dilakukan bagi menampung segala pembiayaan dan keperluan di Pusat Jagaan Rumah Budi
LETS SEDEKAH: PUSAT JAGAAN RUMAH BUDI
Komuniti

RM 1,890.00

daripada sasaran RM 3,000.00
63% Complete

101

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Setiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

 

Nastia Youth Club Kedah merupakan sebuah organisasi dan entiti badan dakwah yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2020 di bawah Pertubuhan Kemasyarakatan dan Intelektual Malaysia dengan wujudnya Majlis Pimpinan Negeri Nastia Youth Club Kedah. Ini adalah bagi merealisasikan keperluan sebuah organisasi kepada masyarakat sivil berdasarkan kekuatan kluster dan perkhidmatan yang dikendalikan oleh sekumpulan anak muda yang berlatar belakang pelbagai bidang bagi memberi perkhidmatan impak sosial dan meneruskan perubahan yang menyeluruh kepada masyarakat merentasi fikrah, bangsa, negeri dan global. 

VISI

Melahirkan generasi kepimpinan pelapis masa depan negara yang beridealisme Islam dan berjiwa dakwah

 

MISI

Sebagai platform utama kepada generasi muda bagi meningkatkan kemahiran diri dan berbakti pada umat

 

Sejajar dengan visi dan misi di atas, segala agenda yang difokuskan menjurus kepada pengkaderan, pentarbiyahan, pembudayaan ilmu dan kemasyarakatan (komuniti). Semua aktiviti dan program yang berpusatkan masyarakat dan belia adalah sebagai latihan dan pembangunan kepimpinan yang akan dilaksanakan secara menyeluruh melalui penglibatan di dalam program dan gerak kerja dakwah.

 

Jadi dengan itu, sempena menyambut Ramadan al-Mubarak yang bakal tiba tak lama lagi, pihak Nastia Youth Club Kedah akan menganjurkan sebuah program Nastia Santuni Ramadan 2022 bagi menghidupkan dan menyemarakkan bulan Ramadan dengan melakukan dan melipatkali gandakan amal ibadah serta melaksanakan pelbagai aktiviti menarik. 

 

9k=

 

Justeru itu, pihak Nastia Youth Club Kedah amat berbesar hati sekiranya Encik/Cik/Tuan/Puan/Dato'/Datin sudi menyampaikan sedekah dan memberi sumbangan dana sepanjang kempen Let's Sedekah ini berlangsung di bulan Ramadan dalam usaha memastikan pembiayaan dan keperluan program sentiasa dalam keadaan lancar dan baik.

 

Di samping itu juga, hasrat murni dan hajat kempen Let's Sedekah ini adalah bagi memberi dan membuka peluang seluas-luasnya kepada umat Islam untuk sentiasa dan memperbanyakkan memberi sedekah sepanjang bulan Ramadan setiap hari serta menggalakkan lagi penyertaan orang ramai dalam memberi sedekah dan infaq kepada badan organisasi dakwah yang memerlukan sumbangan dana bagi menampung pembiayaan dan keperluan program.

 

Segala hasil sumbangan dana dan sedekah yang anda berikan sentiasa dijamin 100% penggunaan sumbangan dana dan sedekah tersebut untuk sentiasa dimanfaatkan dan digunakan bagi menampung pembiayaan dan keperluan program. Sekiranya berlaku sebarang lebihan pada sumbangan dana dan sedekah ini, pihak Nastia Youth Club Kedah sentiasa bertanggungjawab menggunakan lebihan sumbangan dana dan sedekah ini untuk kegunaan dan keperluan program yang seterusnya pada masa akan datang. 

 

Segala penjelasan dan kemusykilan, boleh terus berhubung dengan Salman Al-Farisi bin Anuar selaku Pengerusi Nastia Youth Club Kedah di 016-2026185 pada bila-bila masa.

 

Sekian, terima kasih


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

30 Apr 2022

Sumbangan ke-100

29 Apr 2022

50% jumlah sumbangan

14 Apr 2022

Sumbangan ke-50

10 Apr 2022

10% jumlah sumbangan

04 Apr 2022

Sumbangan ke-10

03 Apr 2022

Sumbangan pertama

02 Apr 2022

Kempen dilancarkan

27 Mar 2022