Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

MEMBANTU SAHABAT DALAM KESUSAHAN

Sahabat saya merupakan seorang pelajar tahun akhir dan sedang menjalani latihan industri sebagai guru yang tidak diberi elaun dan juga baru sahaja ditimpa kemalangan jalan raya.
MEMBANTU SAHABAT DALAM KESUSAHAN
Kemanusiaan

RM 0.00

daripada sasaran RM 1,700.00
0% Complete

0

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Kempen ini bertujuan untuk membantu mengurangkan beban kehidupan sahabat saya yang mempunyai masalah kewangan yang sangat teruk ketika ini.

Sahabat saya masih belajar di peringkat universiti tempatan dan sedang menjalani latihan industri sebagai seorang guru di sebuah sekolah yang terletak di Perak.

Minggu lalu saya dikejutkan dengan berita sahabat saya terlibat dengan kemalangan jalan raya. Sahabat saya tidak mempunyai kecederaan yang teruk, namun kereta yang dinaikinya tidak menerima nasib yang sama.

Kos penyelenggaraan mencecah RM1,500. Sahabat saya hanya lah seorang guru praktikal yang tidak diberi elaun, jadi dia meminta belas kasihan dari rakan-rakan yang lain dengan meminjam wang sedikit demi sedikit dari setiap orang yang dipercayainya.

Ketiadaan wang untuk membayar balik rakan-rakannya menyebabk saya murung serta putus asa dengan kehidupan. 

Saya berasa sangat kasihan dengan apa yang berlaku terhadapnya. Dengan membuat kempen ini, saya berharap sangat-sangat dapat membantu agar dia diringankan beban walaupun sedikit.

Saya akan sumbangkan wang ini sepenuhnya kepada sahabat saya.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

26 Nov 2024

Kempen dilancarkan

23 Nov 2024