Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

MEMBELI KELENGKAPAN SURAU SEKOLAH

MENGUMPUL DANA UNTUK MEMBELI KELENGKAPAN SURAU SEKOLAH SEPERTI : 1- SET PA SISTEM 2- LCD PROJEKTOR 3- SMART TV 55"
MEMBELI KELENGKAPAN SURAU SEKOLAH
Pendidikan

RM 0.00

daripada sasaran RM 5,000.00
0% Complete

0

penyumbang

37

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

KERTAS KERJA PROJEK MENAIK TARAF KEMUDAHAN

BILIK PENDIDIKAN ISLAM ( SURAU )

SK BELIONG 2024

 

 

  1.       PENDAHULUAN

Tujuan kertas kerja ini diadakan adalah untuk memaklumkan mengenai usaha untuk memohon sumbangan dana peralatan dan kelengkapan Surau SK Beliong.

Surau ini merupakan sebuah bilik kelas yang diubah fungsi menjadi Bilik Pendidikan Islam serta surau sekolah. Ia menjadi bilik utama ketika berlangsungnya segala aktiviti keagamaan di sekolah seperti tempat amali solat ,tasmik Al-Quran,serta pelbagai aktiviti lain. Namun bilik ini banyak kekurangan dari segi kemudahan asas serta langsung tidak mempunyai peralatan digital untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran era digital kini.

Kertas kerja ini menjelaskan betapa pentingnya pelaksanaan projek ini dan seterusnya sokongan

daripada   semua   pihak   berhubung   dengan   usaha   pengumpulan   dana   untuk   mencapai   ini.

 

  1. LATARBELAKANG PROJEK

Sejarah   Islam   menunjukkan   bahawa   masjid   /   surau   /   musolla   memainkan   peranan   penting sebagai pusat ibadat, pembangunan ilmu, pembinaan keperibadian dan peradaban Islam secara menyeluruh.  Kebanyakan   pembinaan  masjid   atau   surau  pada   masa   kini   adalah   disusun   atur berhampiran   dengan   bangunan-bangunan   pentadbiran,   pusat-pusat   perniagaan   dan   kawasan- kawasan perumahan, sekolah-sekolah di sekitarnya supaya ia menjadi arah tuju.

Objektif   penubuhan Surau / Bilik Pendidikan Islam SK Beliong  adalah   untuk   memenuhi   tuntutan   Kementerian Pelajaran Malaysia yang  telah  menetapkan surau-surau sekolah  bukan sahaja sebagai  tempat pelajar   menunaikan   sembahyang,   tetapi   lebih   daripada   itu   ia   berperanan   sebagai   “Makmal Pendidikan Rohani”. Melalui semua aktiviti yang berbentuk kurikulum dan ko-kurikulum dapat dilaksanakan di dalam surau sekolah bagi melaksanakan teori-teori yang diajar di dalam bilik darjah   dan   juga   aktiviti-aktiviti   pendidikan  Islam.   Fungsi   ini   dapat   dihuraikan  dengan  lebih terperinci seperti berikut :

 

 

2.1 Tempat ibadat sembahyang untuk murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah yang beragama Islam.

2.2 Tempat   mengadakan   latihan   amali   mengenai   ibadat   seperti   mengambil   wuduk, sembahyang, pengurusan jenazah, bersuci dan lain-lain ibadat fardhu.

2.3 Tempat latihan membaca al-Quran, bertadarus, menghafal dan khatam Al-Quran.

2.4 Tempat syarahan, ceramah dan kuliah.

2.5  Tempat mengadakan majlis-majlis hari kebesaran Islam seperti majlis Maulid Nabi, Maal Hijrah, Isra’ Mikraj

  1. Ahli Jawatankuasa Surau SK Beliong Sesi 2024 / 2025

3.1 Penasihat : Mohd Hatta bin Abdul Wahab ( Guru Besar )

3.2 Pengerusi : Malim bin Dubi   ( PK1)

3.3 Naib Pengerusi 1 : Ahmad bin Sidi   ( PKHEM )

3.4 Naib Pengerusi 2 : Shukri bin Anggon       ( PKKK)

3.5 Setiausaha : Ustazah Anisah binti Mohd Salleh

3.5 Bendahari : Ustazah Nurin Izzati binti Samsul Kamar

3.6 Ahli-Ahli : Ustaz Sabtu bin Beh

Ustazah Nur Atikah binti Ahmad

Muhamad Faddilah bin Supein

Hamsah binti Ahmad

Halimah binti Idi

Mohd Wahidi bin Zainal Abidin

Norpaziah binti Bolhi

Narmah binti Ibrahim

Jailani bin Jeini

 

  1. PERALATAN YANG DIPERLUKAN / ANGGARAN KOS

4.1

Set Peralatan PA System

RM1000.00

4.2

LCD Projector

RM2000.00

4.3

Smart TV 55 “

RM2000.00

4.4

Jumlah Keseluruhan

RM5000.00

 

  1. SUMBER KEWANGAN
  • Memohon Sumbangan daripada pihak luar

 

  1. IMPAK PROJEK / KEBERHASILAN

Dengan adanya kemudahan ini maka dapatlah kami :

6.1 Mempelbagaikan fungsi surau selain daripada tempat solat kepada tempat perkembangan ilmu serta kebudayaan islam sejajar dengan kehendak pihak KPM

6.2 Kemahiran Penyampaian dan kaedah pengajaran guru dapat dipertingkatkan dan dapat menerapkan kemahiran digital dalam pendidikan

6.3 Murid-murid akan bertambah minat dan seronok untuk mengikuti sesi pembelajaran dan mampu meningkatkan kefahaman mereka dalam ilmu agama

6.4 Dengan adanya LCD Projektor maka pihak sekolah dapat berjimat dan tak perlu lagi menempah banner sempena sesuatu program. Penggunaan Banner Digital dapat diaplikasi sepenuhnya.

6.5 Smart TV pula dapat membantu guru memberikan penerangan dengan lebih mudah didalam memahami sesuatu topik. Dan guru dapar mengajar murid-murid bagaimana cara mencari info secara ‘online’ dan memudahkan murid untuk membuat rujukan.

6.6 Peralatan PA System memang amat penting untuk surau sekolah terutamanya ketika menjalankan aktiviti berskala besar seperti ceramah agama , program motivasi dan sebagainya.Disamping untuk melaungkan azan bila tibanya waktu solat.

 

  1. PENUTUP

Besarlah harapan kami semoga permohonan ini mendapat kelulusan dan perhatian daripada pihak tuan demi kemenjadian murid-murid SK Beliong. Sesungguhnya peranan pihak luar melalui Progran Jalinan dan Jaringan banyak membantu institusi pendidikan masa kini di dalam merancang dan melaksana pelbagai program di sekolah.

Dalam keadaan semasa,tanpa bantuan pihak luar maka kemampuan pihak sekolah di dalam melaksanakan aktiviti amatlah terhad lebih-lebih lagi SK Beliong merupakan sekolah bertaraf SKM B ( Sekolah Kurang Murid ) yang mana jumlah muridnya hanya 44 orang dan sudah tentulah dana yang diterima daripada pihak KPM amatlah sedikit.

Sebarang kerjasama yang dihulurkan oleh pihak tuan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen dilancarkan

18 Jul 2024