RM 120.00
daripada sasaran RM 300,000.002
penyumbang26
hari lagiPembelian bangunan berbaki RM 300,000.00.
Bayaran tersebut perlu dilunaskan sebelum Februari 2026.
Tujuan Pembelian bangunan adalah untuk memberi penempatan yang tetap bagi anak-anak Rumah Jalinan Kasih yang mana selama ini kami menyewa di kediaman yang berbeza tempat dan ianya menyukarkan perjalanan untuk kesekolah. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, kami telah beroperasi selama lebih kurang 10 tahun di Cheras, Selangor. Kami membantu dan memberi pertolongan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik dari segi akademik, kerohanian dan sahsiah diri.
Sebelum kami berpindah ke bangunan ini, kami dahulu menyewa di satu kawasan rumah teres selama lebih kurang 8 tahun. Disitu kami menerima pelbagai aduan dari orang sekeliling dan kami berhasrat untuk memiliki sebuah rumah/bangunan yang dapat dijadikan penempatan yang tetap buat anak-anak disini. Setelah pelbagai rintangan naik dan turun ditempuhi, Alhamdulillah, kini kami mendapat kelulusan pinjaman bank bagi sebuah bngunan 3 tingkat yang bertempat di No 11, Jalan Sutera 4, Taman Sutera Residence, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor. Harga yang ditawarkan adalah RM 1,300,000.00 , manakala pinjaman bank yang diluluskan hanya RM 550,000.00. RM 450,000.00 telah dijelaskan selama dalam tempoh masa setahun. Kini berbaki RM300,000.00 sahaja untuk dilunaskan baki pinjaman. Disini kami juga menerima kunjungan bagi Tuan/Puan untuk hadir ke Rumah Jalinan Kasih untuk mendapatkan kepastian atau boleh hubungi Admin Rumah Jalinan Kasih.
Semoga dengan bantuan yang dihulurkan,
Ianya dapat merealisasikan impian kami di rumah jalinan kasih.
Sebarang pertanyaan Tuan/Puan boleh hubungi :
Daniel (Admin Rumah Jalinan Kasih) - 011-1069 4990
Amirah (Setiausaha Rumah Jalinan Kasih) - 017-290 6654
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Sumbangan pertama
04 Dec 2025
Kempen dilancarkan
04 Dec 2025

