RM 4.00
daripada sasaran RM 2,000.004
penyumbangSalam Semua,
Saya Md Irfan, berumur 45 tahun, Saya adalah seorang gelandangan (homeless) di Kuala Lumpur sudah lebih 10 tahun, sekarang saya keuzuran dan saya menghidapi penyakit pendarahan usus dan penghadaman(mudah tersumbat), saya perlu lebihkan makanan lembut, sayuran, makanan berkhasiat dan susu untuk menampung kekurangan darah dan nutrisi.
Sekarang saya tidak lagi dapat bekerja seperti sebelumnya, sebelum ini saya bekerja mencari barang terpakai (recycle) untuk menampung hidup seharian saya.
Secara asas, lebih 10 tahun saya menjadi gelandangan dan telah sekian lama hidup "jauh dibawah taraf hidup asas" majoriti masyarakat, seingat saya, lebih 2 tahun saya tidak pernah makan dikedai, sangat-sangat jarang saya beli bungkus, itupun dalam keadaan memerlukan, biasanya nasi lemak segera atau roti canai kosong dibawah Rm 3, Saya biasanya masak sendiri secara ala kadar dengan sayuran liar dan sedikit sayuran yang saya tanam.
Saya mengalami masaalah usus berdarah lebih dari satu tahun, sejak hampir setahun ini, keadaan semakin memburuk dan menyebabkan masaalah usus mudah tersumbat memaksa saya mengurangkan makan berat seperti nasi untuk mendapatkan tenaga, dan mengambil ubat navolax 5mg secara berkala untuk membantu masaalah usus tersumbat. disamping kehilangan darah secara beterusan, faktor ini juga yang menyebabkan saya kekurangan nutrusi dan kehilangan berat badan yang ketara, keletihan dan tidak mampu bekerja seperti sebelumnya.
Hasil pendapatan saya yang sedikit saya lebih gunakan untuk membeli makanan asas seperti beras atau tepung subsidi, mengisi petrol motosikal untuk bekerja, dan sekali sekala telur atau hati ayam untuk menambah tenaga dan darah, dan juga keperluan asas lain untuk kekal kehidupan dan bertahan walaupun sebagai gelandangan.
Akibat penyakit saya semakin memburuk, saya seakan dipaksa untuk meminum susu dan makanan berhasiat lain yang jauh diluar kemampuan saya, dan terutama sekarang saya dalam keuzuran, keletihan, hampir tiada sumber pendapatan dan tidak mampu bekerja seperti sebelumnya
Saya memerlukan bantuan rakan-rakan untuk bantu saya untuk menampung kos susu untuk menampung kekurangan darah dan nutrusi, Keperluan asas dan kos untuk mendapat rawatan.
Buat masa ini anggaran kasar yang mampu saya buat untuk 6 bulan @ lebih : RM 2000 - RM 5000
Untuk makluman, Disebabkan keadaan saya hampir tiada sumber pendapatan, Sumbangan yang saya dapat, saya akan gunakan dalam kontek terkumpul dan menggunakan mengikut keutamaan, keperluan dan Keadaan.
Disamping itu dan dalam tempoh itu, saya akan cuba belajar mencari pendapatan di internet dengan harapan dapat menampung hidup untuk dimasa hadapan.
Segala sumbangan dan bantuan rakan-rakan sangat saya hargai,
Sekian Terima Kasih
Md Irfan
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen telah berakhir
05 Oct 2022
Sumbangan pertama
01 Sep 2022
Kempen dilancarkan
06 Aug 2022