Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

MISI BANTUAN MANGSA INSIDEN TANAH RUNTUH

Tujuan kempen ini adalah untuk membantu mangsa , Uzair Azman , 17 tahun , serta ahli keluarganya akibat kejadian tanah runtuh . Insiden tersebut telah meragut nyawa dua adik beradik perempuan Uzair .
MISI BANTUAN MANGSA INSIDEN TANAH RUNTUH
Kemanusiaan

RM 0.00

daripada sasaran RM 3,000.00
0% Complete

0

penyumbang

26

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Kempen ini dianjurkan oleh pihak Kedaprint SDN BHD dengan kerjasama SISO Creative Enterprise dan PATUT (Persatuan Tunas Usahawan Terengganu)

.

.

Pada 29 November 2024, satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu, yang mengakibatkan dua beradik perempuan terkorban dan seorang lagi cedera.

Butiran Kejadian:

  • Mangsa Cedera: Uzair Azman, 17 tahun, berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba pada jam 5.17 petang. Beliau mengalami kecederaan selepas pengsan ketika cuba menyelamatkan adik-adiknya.

  • Mangsa Terkorban:

    • Puteri Sajidah Azman, 16 tahun, ditemui pada jam 6.32 petang.
    • Siti Fatimah Azman, 13 tahun, ditemui pada jam 6.59 petang.

Oleh itu , kami memerlukan sumbangan anda untuk membantu mangsa dari segi bantuan keperluan asas . Contohnya , makanan dan minuman , pakaian , selimut , peralatan kebersihan , ubat-ubatan serta peralatan sekolah . Diselitkan juga bantuan kewangan terus kepada keluarga mangsa bagi menjalani kehidupan .


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen dilancarkan

19 Dec 2024