Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

MISI KEMANUSIAAN TAWAU

Misi ini bertujuan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada 700 buah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Tawau Sabah.
MISI KEMANUSIAAN TAWAU
Kemanusiaan

RM 1,960.00

daripada sasaran RM 54,000.00
3.6296296296296% Complete

79

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Setiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen

BANTUAN KEMANUSIAAN TAWAU

700 buah keluarga di Tawau menerima nasib malang apabila rumah mereka musnah dijilat api. Kejadian ngeri ini telah mengakibatkan mereka kehilangan harta benda dan hidup sehelai sepinggang. 

 

Mereka kini terpaksa menumpang seketika di Pusat Pemindahan Sementara. Kejadian ini telah berlaku pada 18 Mac yang lalu yang mana sangat hampir dengan kehadiran bulan Ramadan. Rata-rata penduduk di sana  merupakan beragama Islam dan hari ini mereka berpuasa dalam keadaan serba kekurangan.

9k=

Lantaran itu, Krayon4Society terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi menyantuni mangsa kebakaran terbabit dan kami amat memerlukan sokongan orang ramai bagi menjayakan usaha murni ini. In shaa Allah beberapa bantuan kemanusiaan telah dirangka bagi menjayakan usaha ini namun para sukarelawan kami mempunyai sedikit kekangan kewangan bagi menampung kos penghantaran bantuan.

Justeru, melalui medium ISadaqah ini kami merayu kepada anda yang prihatin terhadap isu kemanusiaan ini untuk menghulurkan sedikit derma bagi memboleh para sukarelawan kami menghantar sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di sana.

Kami memerlukan dana sekitar RM4,000.00 bagi menjayakan misi bantuan ini.

2Q==

Semoga dengan bantuan anda di dalam bulan Ramadan ini akan menjadi anak muda sukarelawan kami dapat melakukan kebaikan dan anda juga sebagai penderma akan beroleh jua pahala daripada usaha yang dijalankan ini.

Sabda Rasulullah s.a.w : 

"Sesungguhnya Allah taala akan menolong hamba-hambaNya selagi mana hambaNya itu menolong orang lain" (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud & Tarmidzi)

 

 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

07 May 2022

Sumbangan ke-50

14 Apr 2022

Sumbangan ke-10

11 Apr 2022

Sumbangan pertama

08 Apr 2022

Kempen dilancarkan

06 Apr 2022