Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

MOHON BANTU SAYA

Saya memerlukan bantuan bagi memenuhi keperluan harian isteri dan anak2 serta beberapa keperluan lainnya .. pendapatan saya terjejas semenjak isteri sakit
MOHON BANTU SAYA
Kemanusiaan

RM 30.00

daripada sasaran RM 800.00
3.75% Complete

3

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Saya mohon bantuan dari hamba2 Allah di sini jika ada yang sudi berkongsi sedikit rezeki untuk saya dalam menanggung kos keperluan harian keluarga kecil saya , Selain dari bebanan kos keperluan makanan harian dan bil api air setiap bulan.

Saya perlu menanggung seorang anak OKU autism , 8tahun dan masih berkeperluan susu sepenuhnya , manakala anak kedua saya baru berusia 7bulan juga masih berkeperluan susu dan lampin pakai buang sepenuhnya Saya turut perlu menanggung kos ulang alik ke hospital untuk membawa isteri saya bagi mendapatkan rawatan dari pakar psikiatri.

Saya hilang pendapatan dan terpaksa mengambil alih tugas isteri dalam menguruskan hal2 rumahtangga . Isteri saya menghidap penyakit depressive disorder sejak setahun lalu yang menyebabkan dia tidak boleh meneruskan kehidupan dalam keadaan normal sehingga kini dan perlu mendapatkan pemerhatian dan penjagaan penuh dari saya.

Sehingga kini saya bergantung sepenuhnya dengan bantuan jkm sebanyak Rm350 sebulan namun bantuan tetsebut masih tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan.

Saya berharap ada kesudian dan keprihatinan dari pihak tuan/puan dalam membantu keluarga saya , semoga Allah bukakan jalan rezeki yang luas atas jasa baik tuan/puan

Terima kasih dari pihak saya sekeluarga bagi tuan/puan yang membantu kami


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

02 Sep 2021

Sumbangan pertama

04 Aug 2021

Kempen dilancarkan

03 Aug 2021