Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT ANAK ANGKAT BT. KURAU

Program ini memerlukan sumbangan kewangan dalam anggaran RM 15,000 untuk keperluan memberi barangan dapur, barang mentah untuk keperluan rumah asnaf dan orang kampung, aktiviti gotong royong surau.
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT ANAK ANGKAT BT. KURAU
Komuniti

RM 60.00

daripada sasaran RM 15,000.00
0.4% Complete

5

penyumbang

1

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa/i USAS dengan masyarakat terutama masyarakat luar bandar. Selain itu, program ini diadakan untuk memberi pengetahuan baru kepada mahasiswa/i tentang kehidupan sebenar sesebuah masyarakat. Program ini juga dirancang bagi melatih dan memberi pendedahan kepada mahasiswa/i untuk mengaplikasikan ilmu kepimpinan, kemasyarakatan, nilai kasih sayang dan dedikasi yang akan dipelajari dan menabur bakti kepada masyarakat setempat.

Lokasi 
Kg. Sempeneh Batu Kurau Perak

Sukarelawan
60 orang (Mahasiswa mahasiswi USAS)

Anjuran 
Persatuan Pelajar Sains Kemanusiaan USAS

Objektif Program :

  • Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk berhadapan dengan masyarakat sekeliling yang berbeza latar belakang.
  • Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk menyalami dan bersilaturahim dengan masyarakat kampung.
  • Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong menolong, bantu membantu serta berganding bahu bersama masyarakat setempat.

Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Sumbangan pertama

24 Sep 2024

Kempen dilancarkan

24 Sep 2024