1. Ringkasan Laporan

Ringkasan Laporan

Pada 23 hingga 25 April 2021 yang lepas, Kelab PERKIM UIAM Gombak telah menganjurkan dan mengendalikan sebuah program yang diberi nama PERKIM Heroes: Ramadan Edition di tiga tempat berbeza iaitu Kampung Orang Asli Batu 16 Gombak, Chow Kit, Kuala Lumpur dan Bukit Beruntung, Rawang.

Antara tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengagihkan barang bantuan seperti makanan keperluan harian kepada kumpulan sasaran Kelab PERKIM yang terdiri daripada muallaf, orang asli dan gelandangan bagi meringankan beban mereka pada bulan Ramadan ini. Alhamdulillah, program ini telah berlangsung dengan jayanya atas usaha 43 orang sukarelawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

 

Pecahan jumlah penerima bantuan:

KOA Batu 16:

Donation Kit: 25 keluarga
Iftar Food: 63 penerima
Ramadan Kit: 6 keluarga Muslim

 

Chow Kit:

Donation Kit: 21 keluarga
Ration kit: 50 penerima
Goodies: 30 penerima

 

Bukit Beruntung:

Donation Kit: 23 keluarga

2. Pecahan Dana

Makanan : RM 8,000.00

3. Nota Terima Kasih

Terima kasih atas jasa dan keprihatinan anda dalam membantu kami menjayakan program PERKIM HEROES RAMADAN EDITION ini. Semoga anda dilimpahkan rezeki yang luas di atas sumbangan ikhlas yang diberikan.