RM 33.00
daripada sasaran RM 1,200.004
penyumbang69
hari lagiKelab Titian Asli memperkenalkan PINTAR: Program for Intervention & Academic Resilience Titian Asli Club 2026, anjuran Unit PINTAR 25/26, sebagai inisiatif pendidikan komprehensif untuk membina pembelajaran berterusan dan kemahiran pelajar. Program ini selaras dengan misi kelab untuk memperkasakan pelajar Orang Asli, memberi mereka ilmu, kemahiran, dan keyakinan menghadapi cabaran moden tanpa mengabaikan akar budaya. Melalui aktiviti hands-on dan penglibatan berterusan, PINTAR bertujuan mewujudkan persekitaran pembelajaran menyokong perkembangan individu dan kolektif, serta membina asas pengetahuan dan kemahiran yang kukuh sepanjang hayat.
PINTAR akan diadakan di Sekolah Kebangsaan (ASLI) Bukit Cheding, Banting, Selangor, melibatkan kira-kira seramai 50 orang pelajar mahasiswa dan mahasiwi daripada Kelab Titian Asli UIAM serta 50 pelajar sekolah rendah. Berdasarkan program yang akan dilakukan, program ini dapat meningkatkan pengetahuan asas akademik dan kemahiran pembelajaran dalam kalangan murid sekolah rendah Orang Asli. Melalui aktiviti pembelajaran berstruktur dan interaktif, program ini bertujuan untuk menyediakan sokongan pendidikan yang konsisten kepada mereka.
Program ini yang berteraskan pendekatan komuniti memberi penekanan kepada peningkatan kefahaman dan minat terhadap subjek akademik dalam kalangan peserta. Melalui penglibatan yang konsisten dan pengukuhan ilmu secara berterusan, inisiatif ini berhasrat untuk mewujudkan impak pendidikan yang mampan serta berpanjangan. Dengan memupuk keyakinan diri dan daya tahan dalam menghadapi cabaran pembelajaran, program ini turut mengukur peningkatan motivasi serta tahap penyertaan peserta sebagai indikator kejayaan. Usaha ini diharap dapat melahirkan generasi pelajar yang lebih yakin, berdaya saing dan bersedia untuk membina masa depan yang lebih cemerlang kepada komuniti Orang Asli di Banting, Selangor.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Sumbangan pertama
28 Feb 2026
Kempen dilancarkan
23 Feb 2026

