Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

PROGRAM IHYA' RAMADHAN

Comrade IIUM mengadakan Program Ihya' Ramadhan 3.0 di KOA Teji, Abu dan Senangkar Pos Telanok Cameron Highlands, Pahang.Program ini bertujuan berkongsi dan menyebarkan kegembiraan Ramadhan
PROGRAM IHYA' RAMADHAN
Komuniti

RM 10.00

daripada sasaran RM 4,000.00
0.25% Complete

1

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Ihya’ Ramadhan 3.0 adalah program yang memfokuskan untuk memberi pendedahan ringkas kepada rakan seperjuangan tentang alam semula jadi Kampung Orang Asli, dan ia tertumpu untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak. Ia merupakan salah satu medium dakwah. Di samping itu, kami akan bersedia untuk berkongsi pengetahuan dan merasai ikatan silaturahim bersama penduduk di Kg Teji, Abu dan Senangkar. Satu kelebihan untuk kita mempromosikan Islam melalui aktiviti ini. Salah satu objektifnya adalah untuk menggalakkan pelajar menyertai dakwah berdasarkan aktiviti khidmat masyarakat, terutamanya tertumpu kepada orang asli. Fokus utama adalah mengamalkan nilai-nilai murni Islam, dengan mengadakan pelbagai program yang mendekatkan dan mengeratkan ukhuwah antara penduduk kampung dan pelajar UIAM. Selain itu, kita juga akan menjaga akhlak dan bersikap sebaik-baiknya apabila berhadapan dengan penduduk kampung. Ihya’ Ramadhan 3.0 ini juga untuk memberi khidmat kepada Orang Asli, kerana mereka masih memerlukan keperluan asas seperti makanan, barangan runcit dan pakaian. Tambahan pula, kami bercadang untuk mengadakan kelas kemahiran yang bermanfaat dan bermakna seperti kelas menjahit dan kelas memasak kerana kami perhatikan, penduduk kampung lebih gemar mengadakan aktiviti dalaman. Kami percaya bahawa, dengan mengadakan aktiviti ini, ia boleh memperkayakan masyarakat dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sebagai apa yang semua orang di dunia ini berhak. Manakala bagi anak-anak pula, kita akan fokus kepada aspek 3M iaitu Mentoring, Motivating dan Monitoring dalam pendidikan mereka. Kelas tambahan dan tuisyen akan diadakan dalam masa 3 hari ini, dan kami akan menganjurkan cara pembelajaran kreatif yang boleh menarik dan meningkatkan semangat mereka untuk belajar lebih lanjut dan gemar menghadiri sekolah. Dengan semua aktiviti ini, kami percaya bahawa kami dapat menyemai kecintaan terhadap ilmu dalam hati kanak-kanak ini dan mendorong mereka untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

24 Apr 2022

Sumbangan pertama

09 Apr 2022

Kempen dilancarkan

25 Mar 2022