Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

PROGRAM IJTIMA' MUALLAF 2022

Program Ijtima' Muallaf 2022 anjuran PERKIM Bahagian Negeri Selangor bagi tujuan mengumpul seramai 350 orang saudara baru seluruh negeri Selangor bawah 5 tahun pengislaman demi perkasakan muallaf.
PROGRAM IJTIMA' MUALLAF 2022
Komuniti

RM 305.00

daripada sasaran RM 44,050.00
0.69239500567537% Complete

17

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Setiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen

p7u8eAU56mQ3TjaJHesTbc25a67qrnHmHyb1qIW52e0g00vFu0EYFogr8d7YSk42WVb1TecsxPVGdOdk6Iekhgp2RmZyv8AwdmC4KR3qV8AAAAASUVORK5CYII=

IJTIMA’ MUALLAF 2022

MUQADDIMAH

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)..” [Al Hujurat:13]

Segala puji bagi Allah SWT, serta selawat dan salam kepada baginda Nabi Muhammad SAW, para sahabat, golongan alim ulama, serta keseluruhan ummah. Salam akhir zaman, ummah Islam dituntut saling berukhwah. Pasca Covid-19 kini senantiasa menghantui hingga terkesan sudut jiwa, kewangan, kekeluargaan, pendidikan, psikososial dan sebagainya kemudian musibah banjir turut menimpa. Pasti ramai di kalangan saudara baru turut terkesan. Lebih-lebih lagi yang kehilangan keluarga, harta, rumah dan lain-lain.

Demi meneruskan hidup, sokongan dan dorongan secara santai bagi memantapkan golongan muallaf melihat ujian atau cabaran dan menterjemahkannya dalam bentuk berdamai dengan kehidupan amatlah diperlukan pada saat yang mana berkemungkinan tidak ramai yang menyedari terdapat kelompok saudara baru berkongsi rasa dan keadaan yang sama. Maka, PERKIM Bahagian Negeri Selangor mengambil inisiatif menyemarakkan semangat bersatu dalam Islam dengan menganjurkan program Ijtima’ Muallaf.

9k=

LATAR BELAKANG

Program Ijtima Muallaf dianjurkan NGO-i PERKIM Bahagian Negeri Selangor (PBNS) bertujuan mengumpul seramai 350 orang saudara baru daftar pengislaman di seluruh Negeri Selangor dan seluruh cawangan PBNS untuk memberi sokongan moral dengan memperkasakan golongan saudara yang baru memeluk Agama Islam di samping mengukuhkan ukhuwah. PBNS sentiasa berusaha memberi perhatian sewajarnya mengenai hal ehwal Saudara Baru agar mereka dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslim secara keseluruhan.

Tujuan utama Ijtima Muallaf 2022 adalah selain menyampaikan sumbangan nilai wang ringgit, tetapi inisiatif memberi pendidikan berkenaan fungsi platform LZS & MAIS yang selama ini bersedia mengurus kebajikan dan pendidikan muallaf, kelas-kelas yang diadakan di bawahnya, perkongsian muallaf-muallaf lain yang telah menjalani kehidupan berliku dan bagaimana seorang muallaf baharu dapat meniru jejak langkah muallaf yang telah berjaya istiqomah dalam Islam. Melatih kesedaran bagaimana membina karektor yang bagus melalui motivasi pemangkin semangat, slot ceramah santai dan forum dengan sedikit pendedahan tarbiyah dengan melazimi selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Semoga Ijtima’ Muallaf Tahun 2022 mendapat barokah Allah.

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Untuk memberi peluang seramai mungkin Saudara Baru berkumpul, beramah mesra dan berkongsi pengalaman membina ukhuwah Islamiah bersama-sama.
  2. Untuk membentuk jaringan hubungan antara Saudara Baru dan PERKIM / LZS / MAIS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
  3. Untuk memprkenalkan perkhidmatan PERKIM dan sesi kaunseling yang diadakan Pusat Kaunseling PERKIM Selangor (PKPS).
  4. Untuk membina keyakinan dan kekuatan kepada saudara baru dalam meneruskan kehidupan dalam Islam secara keseluruhan.
  5. Untuk memberi pendedahan peranan khidmat LZS / MAIS / PKPS dengan platform booth pertanyaan melalui peluang / kelayakan asnaf yang ada sepanjang mujahadah kekal dalam Islam.

  TARGET PENCAPAIAN MUALLAF

  1. Mendapat keberkatan dan redha Allah berkat menjalin silaturrahim.
  2. Menimbulkan rasa seronok dan saling berkasih sayang antara peserta.
  3. Mendapat semangat dan keinginan untuk terus belajar tentang Islam.
  4. Mendapat lebih ramai ahli PERKIM dan sukarelawan baharu.
  5. Setiap muallaf akan berkenalan sekurangnya 5 orang rakan muallaf baru.
  6. Mendapat keyakinan untuk terus berada di jalan yang benar iaitu Islam.

 

TARIKH & MASA PELAKSANAAN, PESERTA &TEMPAT

Tarikh yang ditetapkan ialah 13 Februari 2022. Jam 8 pagi – 2 ptg.

Kompleks PERKIM Selangor, Seksyen 8, Shah Alam.

Anggaran peserta seramai 350 orang seluruh Negeri Selangor daftar pengislaman antara tahun 2017-2022. Khususnya untuk pendaftaran antara tahun 2020-2022.

 

TENTATIF MAJLIS

2Q==

 

PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan program ini adalah seperti berikut:-

NO BUTIRAN KOS (RM) TAJAAN
1 Sarapan Pagi & Tenghari 350 orang 7,000.00 SUDAH ADA TAJAAN
2 Cabutan Bertuah 25 pek 1,500.00 BELUM
3 Jemputan Panel Penceramah, Forum, Moderator, Persembahan 9 orang 4,900.00 BELUM
4 Urusetia 25 orang 2,500.00 BELUM
5 Saguhati Pembaca Doa/Selawat / RELA / Perasmi / Juruacara 1,150.00 BELUM
6 Fotografi / Persiapan Majlis / Sewaan & Susun Atur Dewan / LCD & Skrin Projektor / PA System / Banner 3,600.00 BELUM
7 Goodies Bag & Elaun Kehadiran Peserta Muallaf
  • Beg
  • Makanan Ringan - Roti Gardenia & Muffin
  • Mineral 
  • Sanitizer
  • Mask
  • Pen & Pamplet
  • Al-Quran

23,400.00

 

BELUM

(Gardenia & Al-Quran sudah ada tajaan)

8 JUMLAH BELANJA 44,050.00  

 

HEBAHAN MEDIA

www.facebook.com/PerkimNegeriSelangor

www.instagram.com/perkimselangor_

www.perkimselangor.org.my

www.t.me/PerkimSelangor

4trvkrGsRv0AAAAASUVORK5CYII=


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

10 Mar 2022

Sumbangan ke-10

09 Feb 2022

Sumbangan pertama

08 Feb 2022

Kempen dilancarkan

08 Feb 2022