Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

IFTAR BERSAMA ANAK YATIM

Program ini akan berlaku pada 31 Mac 2024, sumbangan ini dibuka untuk menampung perbelanjaan iftar bersama anak yatim dan sedikit sebanyak membantu kelancaran program.
IFTAR BERSAMA ANAK YATIM
Komuniti

RM 50.00

daripada sasaran RM 2,000.00
2.5% Complete

4

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

“Program Menyantuni Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia”

 

Program Menyantuni Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia adalah satu inisiatif untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan memberi peluang kepada mereka untuk mengenali dan menyantuni anak – anak yatim. Program Menyantuni Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia ini adalah sebuah platform mendekatkan mahasiswa Universiti Putra Malaysia bersama masyarakat dengan melahirkan rasa simpati dan kasih sayang kepada mereka. Di samping itu, ia juga dapat melahirkan mahasiswa yang berempati dan bertanggungjawab. Secara tidak langsung, ianya dapat mengasah kemahiran insaniah yang tinggi serta memberi pengalaman yang berharga supaya memberi tambah nilai kepada prospek kerjaya mahasiswa.

Tarikh : 31 Mac 2024 (Ahad)

Lokasi : Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang

Komuniti : 30 peserta dan 24 orang ajk


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

01 Apr 2024

Sumbangan pertama

20 Mar 2024

Kempen dilancarkan

18 Mar 2024