Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

PROGRAM LARIAN KASIH,LANGKAH SEHATI

Melalui program ini, kami berharap dapat: Menyebarkan kasih sayang dan kegembiraan kepada anak-anak yatim Memupuk nilai sukarelawan, empati dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa
PROGRAM LARIAN KASIH,LANGKAH SEHATI
Kemanusiaan

RM 0.00

daripada sasaran RM 1,000.00
0% Complete

0

penyumbang

29

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Deskripsi Kempen:

Program Larian Kasih, Langkah Sehati merupakan satu inisiatif kebajikan dan sukarelawan anjuran pelajar Briged Sukarelawan KKQ 1301, University College Bestari (UCB) yang bertujuan menyantuni serta menceriakan anak-anak yatim melalui aktiviti sukan, motivasi, dan kebersamaan.

Program ini akan berlangsung pada 15 Mei 2026 di Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim, Machang, Kelantan dengan penglibatan fasilitator pelajar yang komited dalam membina hubungan positif bersama para peserta.


Melalui program ini, kami berharap dapat:

  • Menyebarkan kasih sayang dan kegembiraan kepada anak-anak yatim
  • Memupuk nilai sukarelawan, empati dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa
  • Menjalinkan hubungan komuniti yang lebih erat melalui aktiviti bermanfaat

Dana yang dikumpulkan akan digunakan bagi menampung keperluan program seperti:

  • Pengangkutan peserta & urusan logistik
  • Makanan dan minuman
  • Cenderamata / sumbangan kepada anak-anak yatim
  • Bahan aktiviti dan pengurusan program

Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen dilancarkan

04 May 2026