Menjejaki Sejarah dan Warisan Pemikiran Hamka di Sumatera Barat, Indonesia merupakan program anjuran kursus PPATI3543 Gerakan Islah Di Dunia Islam dengan kerjasama Program Sarjana Pengajian Arab dan Tamadun Islam yang melibatkan peserta daripada kalangan mahasiswa/i serta pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Lawatan ini merupakan suatu kajian lapangan tentang Menjejaki Sejarah dan Warisan Pemikiran Hamka yang berada di Sumatera Barat, Indonesia. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengkaji sejarah perkembangan gerakan islah di Sumatera Barat, Indonesia. Seterusnya, memberikan pendedahan kepada mahasisiwa/i terhadap sistem pendidikan Pasentren Hamka. Selain itu, program ini juga diadakan bagi mengkaji budaya dan adat resam suku Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia.
Dalam program ini juga satu seminar perbincangan berkaitan dengan tokoh-tokoh gerakan Islah di Nusantara akan diadakan di UIN Imam Bonjol, Sumatera Barat. Dalam seminar ini pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan UIN Imam Bonjol akan saling bertukar pendapat tentang perbahasan tokoh-tokoh gerakan Islah. Hasil daripada syarahan dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh para pelajar akan diterbitkan dalam satu buku.
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.