Kemanusiaan

RM 753.00

daripada sasaran RM 1,000.00
75.3% Complete
50
Penyumbang
30
Hari
Dilaporkan Oleh Sukarelawan:

1. Ringkasan Laporan

TASEK GELUGOR :- Pada 19 hingga 27 Jun 2021 yang lepas, NASTIA Youth Club Pulau Pinang telah menganjurkan dan mengendalikan sebuah program yang diberi nama Nastia Raya Bersama Dhuafa di tiga kawasan berbeza iaitu Tasek Gelugor, Kepala Batas, Penaga dan Permatang Pauh. Antara tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengagihkan barang bantuan seperti makanan keperluan harian kepada sasaran golongan dhuafa yang terdiri daripada muallaf, orang tua, penyakit cancer dan fakir miskin bagi meringankan beban mereka. Alhamdulillah, program ini telah berlangsung dengan jayanya atas usaha 10 orang sukarelawan yang terlibat secara langsung.

Pecahan jumlah penerima bantuan:

• Kepala Batas 3 keluarga 19/6/2021 (Sabtu)

• Tasek Gelugor - 4 keluarga 23/6/2021 (Rabu)

• Penaga - 4 keluarga 26/6/2021 (Sabtu)

• Permatang Pauh - 4 keluarga 27/6/2021 (Ahad)

Terkumpul - RM753 Sasaran - RM1000

2. Pecahan Dana

Makanan : RM 500.00
Lain-lain : RM 500.00

3. Nota Terima Kasih

Terima kasih atas sumbangan yg diberikan, jasa anda amat dihargai. Semoga kebaikkan yang anda lakukan ini akan dibalas kelak.