Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

PROGRAM SINAR BAHARU HEMBUSAN KASIH

KELAB PENYAYANG UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM), ingin membuat aktiviti bersama anak yatim dan memberi sedikit pemberian sumbangan kepada Pusat Jagaan Hembusan Kasih, Perlis.
PROGRAM SINAR BAHARU HEMBUSAN KASIH
Komuniti

RM 585.00

daripada sasaran RM 1,500.00
39% Complete

21

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Program Sinar Baharu Hembusan Kasih ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Kelab Penyayang Universiti Utara Malaysia (UUM). Program ini dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan rasa simpati, keprihatinan dan saling menyayangi di dalam diri setiap ahli kelab sekaligus memberi sokongan moral kepada penghuni Pusat Jagaan Hembusan Kasih ini. Bukan itu sahaja, melalui program ini juga dapat memupuk kemahiran dan pelbagai pengetahuan baru dalam diri setiap ahli yang terlibat.

Program ini akan dijalankan pada 19 Disember 2023 (Selasa) dengan melibatkan seramai 40 orang ahli kelab penyayang. Program ini juga akan melaksanakan sesi memberi sumbangan kepada semua penghuni Pusat Jagaan Hembusan Kasih serta melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran.

Akhir sekali, manfaat yang akan diperoleh daripada program Sinar Baharu Hembusan Kasih ini adalah dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli kelab dengan anak-anak yatim di Pusat Jagaan Hembusan Kasih ini. Tambahan lagi, melalui program ini juga dapat memupuk sikap kesukarelawanan dalam diri mahasiswa serta dapat meningkatkan semangat untuk terus menyertai aktiviti-aktiviti kesukarelawanan pada masa akan datang. Program ini juga sekaligus membentuk sikap ahli dalam meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan baik bukan sahaja sesama ahli, malah dapat berinteraksi dan berkongsi cerita bersama penghuni Pusat Jagaan Hembusan Kasih ini.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

24 Dec 2023

10% jumlah sumbangan

03 Dec 2023

Sumbangan ke-10

03 Dec 2023

Sumbangan pertama

01 Dec 2023

Kempen dilancarkan

01 Dec 2023