RM 1,096.90
daripada sasaran RM 7,000.0071
penyumbangPROGRAM SULAMAN KASIH RAMADAN BERSAMA GELANDANGAN
Program Sulaman Kasih Ramadan Bersama Gelandangan ini merupakan inisiatif murni bagi merapatkan diri masyarakat bersama golongan gelandangan di sekitar negeri Selangor pada bulan Ramadan yang mulia ini dengan melalui perkongsian rezeki. Di dalam program ini, kami menyasarkan untuk menyediakan pek makanan dan minuman sebagai juadah berbuka puasa kepada golongan gelandangan. Pemberian Bakul Aidilfitri dan sumbangan wang raya kepada kanak-kanak gelandangan juga akan dihadiahkan kepada golongan gelandangan di sekitar negeri Selangor sebagai persediaan mereka dalam menyambut bulan Syawal. Besarlah hasrat kami sekiranya pihak Tuan/Puan dapat turut serta dalam berkongsikan rezeki kepada golongan sasaran ini. InsyaAllah dalam bulan yang mulia ini, segala sumbangan yang dikongsikan akan memperolehi ganjaran yang tinggi sepertimana yang telah dijanjikan di dalam hadith nabi
“Maksudnya: “Siapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen telah berakhir
13 Apr 2023
Sumbangan ke-50
05 Apr 2023
10% jumlah sumbangan
02 Apr 2023
Sumbangan ke-10
24 Mar 2023
Sumbangan pertama
23 Mar 2023
Kempen dilancarkan
23 Mar 2023