Kuala Terengganu, Terengganu

4.84768410, 102.70999390
Umum

RM 375.00

daripada sasaran RM 5,000.00
7.5% Complete
14
Penyumbang
30
Hari
Dilaporkan Oleh Sukarelawan:

1. Ringkasan Laporan

Sempena Ramadan yang baru sahaja berlalu tempoh hari dan Syawal yang telah kunjung tiba, sukarelawan daripada Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (PATUT) telah berjaya mengagihkan sumbangan yang berbentuk barang-barang keperluan asas kepada mereka yang memerlukan. Sebanyak empat buah keluarga telah menerima sumbangan berdasarkan jumlah hasil kutipan yang diraih. Berikut merupakan butiran ringkas penyampaian sumbangan:

Jumlah: 4 buah keluarga
Kawasan: Kuala Terengganu (2 buah keluarga) dan Ajil (2 buah keluarga)  
Tarikh penyampaian sumbangan: 1 Mei 2022, Ahad

Dengan ini, kami mewakili keluarga penerima sumbangan dan juga pihak iSADAQAH.my ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang telah anda hulurkan. Semoga Allah SWT mengurniakan anda rezeki yang melimpah ruah, amin.

Semoga kita bertemu lagi dalam Projek Dapur Pahala Ramadhan seterusnya.

Terima kasih.

2. Pecahan Dana

Makanan : RM 5,000.00

3. Nota Terima Kasih

Terima kasih atas sumbangan anda.