Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

PROJEK KASIH RAMADAN 2021

Rakan Siswa YADIM(RSY) Kedah akan mengadakan sebuah program sumbangan dan sukarelawan mensasarkan komuniti sekitar Kedah dengan tujuan meringankan beban dan aktiviti berbuka puasa bersama.
PROJEK KASIH RAMADAN 2021
Komuniti

RM 1,058.00

daripada sasaran RM 1,000.00
105.8% Complete

72

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Setiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen

Projek Kasih Ramadan anjuran Rakan Siswa YADIM Kedah merupakan inisiatif dalam memberi kefahaman agama kepada 
mahasiswa, khususnya ahli Rakan Siswa YADIM dan juga komuniti melalui aktiviti dan pengisian yang dijalankan sepanjang program. 

Program ini melibatkan pelbagai pengisian sepanjang bulan Ramadan seperti tadarus dan khatam Quran, tadabur, ziarah asnaf, ceramah ramadan, agihan bubur lambuk dan iftar bersama komuniti sekitar Kuala Ketil, Kedah yang melibatkan sukarelawan  daripada mahasiswa/wi dan peserta sekitar Kedah.

Sebagai mahasiswa, penerapan nilai-nilai Islam sangat penting supaya mereka dapat menjadi Ikon kepada masyarakat. Para daie yang profesional dalam 
pelbagai bidang perlu diberi pendedahan ilmu pengetahuan dan kemahiran pengurusan serta pentadbiran dalam mendepani cabaran dakwah semasa di 
tanah air. 

Justeru itu, program ini dianjurkan bagi memberi ruang kepada ahli RSY untuk menganjurkan program bersama masyarakat setempat dengan pengisian 
rohani bersempena bulan Ramadan al-Mubarak. Program ini akan berlangsung pada 24 April 2021. 

Oleh itu, pemberian sumbangan daripada anda amatlah diperlukan untuk membantu mencapai bajet program yang telah ditetapkan.

"Give a Little, Help a Lot"

*Sebarang dana lebihan akan disalurkan ke tabung program-program kebajikan RSY Kedah.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

22 Apr 2021

100% jumlah sumbangan

20 Apr 2021

Sumbangan ke-50

20 Apr 2021

50% jumlah sumbangan

19 Apr 2021

Sumbangan ke-10

19 Apr 2021

10% jumlah sumbangan

18 Apr 2021

Sumbangan pertama

16 Apr 2021

Kempen dilancarkan

15 Apr 2021