RM 1,520.00
daripada sasaran RM 51,925.0020
penyumbangPROJEK KASIH RAMADHAN
LATAR BELAKANG
Bulan Ramadhan Al-Mubarak merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan bagi seluruh umat Islam. Oleh yang demikian, Pertubuhan Alumni Jemaah Haji ingin mengambil peluang ini untuk mengadakan Projek Kasih Ramadhan 2023 yang terdiri daripada beberapa program kebajikan kepada golongan sasar.
OBJEKTIF PROJEK
Objektif Projek Kasih Ramadhan 2023 ini adalah untuk :
- menghidupkan Bulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti serta program keagamaan serta kebajikan selaras dengan
- membuka peluang kepada semua orang awam untuk mengejar ganjaran pahala di bulan Ramadhan dengan menyumbang dana mahupun tenaga bagi program-program kebajikan di dalam projek ini.
- membantu serta memberi sumbangan kepada komuniti setempat serta kumpulan sasar program.
Program-program yang bakal dilaksanakan
- Sumbangan Pek Makanan Berbuka Puasa di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis
- Edaran Bubur Lambuk
- Sumbangan Pek Hari Raya Kepada Asnaf
- Program Jamuan Berbuka, Solat Tarawih dan Qiamullail
ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM-PROGRAM | ANGGARAN PERBELANJAAN |
Sumbangan Pek Makanan Berbuka Puasa di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis |
RM 22,500.00 |
Edaran Bubur Lambuk |
RM10,425.00 |
Sumbangan Pek Hari Raya Kepada Asnaf | RM9,000.00 |
Program Jamuan Berbuka, Solat Tarawih dan Qiamullail | RM10,000.00 |
JUMLAH KESELURUHAN | RM51,925.00 |
Sumbangan Pek Makanan Berbuka Puasa di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis
Edaran Bubur Lambuk
Sumbangan Pek Hari Raya Kepada Asnaf
Program Jamuan Berbuka, Solat Tarawih dan Qiamullail
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen telah berakhir
26 Apr 2023
Sumbangan ke-10
06 Mar 2023
Sumbangan pertama
03 Feb 2023
Kempen dilancarkan
26 Jan 2023