RM 10.00
daripada sasaran RM 5,000.001
penyumbang58
hari lagiProgram Kesedaran Halal dan Pemerkasaan Ekonomi Komuniti (HALO) Semporna 2026 merupakan inisiatif khidmat masyarakat selama lima hari yang menggabungkan pendidikan halal dan tayyiban, pemerkasaan komuniti, pembangunan ekonomi serta penjagaan alam sekitar di Semporna, Sabah.
Program ini merangkumi pendidikan dan kesedaran halal untuk imam, pemimpin masjid dan wakil komuniti; latihan pematuhan halal, keselamatan makanan dan kebersihan untuk usahawan mikro; serta aktiviti pendidikan halal untuk guru dan kanak-kanak. Selain itu, program ini turut melibatkan pengagihan kit persekolahan kepada kanak-kanak terpilih, pek keperluan asas kepada keluarga asnaf terpilih, demonstrasi penyembelihan halal serta aktiviti gotong-royong dan pembersihan kawasan komuniti atau pesisir pantai.
Sumbangan yang disalurkan akan membantu menyediakan bahan pendidikan, kit pembelajaran, keperluan persekolahan, pek bantuan komuniti dan bahan aktiviti program. Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan halal, memperkukuh peranan pemimpin komuniti, menyokong usahawan kecil serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Sumbangan pertama
16 Oct 2026
Kempen dilancarkan
16 Oct 2026

