RM 0.00
daripada sasaran RM 20,000.000
penyumbang70
hari lagiMED Ulu Legong 2.0 adalah inisiatif daripada Exco Outreach wakil dari Titian Asli Club yang merupakan salah satu kelab yang memfokuskan kepada komuniti Orang Asli , kami Kelab Titian Asli dari Universiti Islam Antarabangsa ingin melakasanakan program ini dengan bertujuan untuk melakukan 'Lawatan Mahabbah' ke Kampung Orang Asli Lubuk Legong sebagai tinjauan dan mengenal pasti kemudahan masyarakat, kawasan dan tahap pendidikan kanak-kanak di situ. Kami sedaya upaya meningkatkan kesejahteraan dan pendidikan di Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Baling, Kedah. Projek ini berikutan lawatan awal pada 23 Mac 2020, di mana kami mendapati kurangnya perhatian terhadap kebersihan dan pendidikan di kalangan penduduk. Projek ini, yang dijadualkan dari 20 hingga 24 Februari 2025, melibatkan 45 ahli AJK Kelab Titian Asli selama empat hari dan tiga malam. Fokus utama adalah meningkatkan kesedaran kebersihan serta melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi kalangan kanak-kanak dan keluarga Orang Asli termasuk ibubapa dan penduduk di kampung tersebut serta mengeratkan hubungan dengan penduduk kampung. Selain itu, kami akan berkongsi gaya hidup dan pengalaman kami dan mempelajari cara hidup mereka dan memupuk minat anak anak disana tentang kepentingan pendidikan yang dapatĀ memperbaiki kesejahteraan hidup mereka pada masa akan datang.
Untuk merealisasikan projek ini, kami memerlukan dana sebanyak RM 20,000.00 sebagai pendahuluan dua minggu sebelum acara bermula, bagi pembelian barangan dan perbelanjaan awal. Dengan sokongan dan kerjasama, kami yakin MED Ulu Legong 2.0 dapat memberi impak positif yang berterusan kepada masyarakat Orang Asli di sana.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen dilancarkan
12 Dec 2024