Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

PROJEK RAMADHAN 2.0

Projek Ramadhan 2.0 mengandungi dua buah program komuniti sempena bulan ramadan anjuran GPMS UIAM. Sasaran kutipan sumbangan adalah sebanyak RM1,000.
PROJEK RAMADHAN 2.0
Komuniti

RM 951.00

daripada sasaran RM 1,000.00
95.1% Complete

51

penyumbang

26

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Projek Ramadhan 2.0 ini merupakan sebuat projek sempena bulan Ramadan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas UIAM yang akan berlangsung bagi siri kedua pada tahun ini. Projek Ramadhan ini pertama kali dilaksanakan pada tahun 2024 di mana GPMS UIAM menjalankan program Santunan Kasih di rumah anak yatim Darul Ilmi. Pada tahun ini pula GPMS UIAM berhasrat untuk melaksanakan sekali lagi projek ramadan yang bukan sahaja berfokus kepada program rumah anak yatim malah turut berhasrat untuk melaksanakan program kongsi rezeki dengan menyediakan bubur lambuk kepada komuniti setempat. Jumlah sasaran kutipan bagi dua buah program ini adalah sebanyak RM1,000. 

Bagi program kongsi rezeki atau dikenali sebagai Dapur Sahabat, GPMS UIAM akan melaksanakan program gotong-royong memasak dan mengedar bubur lambuk. Program ini akan dilaksanakan pada 15 Mac 2025 (Sabtu) bertempat di Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajaya. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk berkongsi rezeki sesama komuniti setempat malah untuk mengeratkan hubungan antara belia dan komuniti kejiranan yang terlibat. 

Bagi program Santunan Kasih Rumah Anak Yatim pula, GPMS UIAM berhasrat untuk menyantuni seramai 30 orang anak yatim yang berusia daripada 10 hingga 16 tahun di Rumah Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh, Kuala Lumpur. Program ini akan dilaksanakan pada 23 Mac 2025 (Ahad). Program ini juga bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim dengan menjalankan beberapa aktiviti bersama mereka. Kami turut berhasrat untuk memberi sumbangan barang keperluan seperti makanan kering, minuman, bahan masak dan lain-lain untuk rumah kebajikan tersebut. 

 

9k=  2Q==


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Sumbangan ke-50

14 Mar 2025

50% jumlah sumbangan

13 Mar 2025

Sumbangan ke-10

11 Mar 2025

10% jumlah sumbangan

11 Mar 2025

Sumbangan pertama

11 Mar 2025

Kempen dilancarkan

11 Mar 2025