RM 0.00
daripada sasaran RM 5,850.000
penyumbang28
hari lagi
Projek Ramadhan 3.0 ini merupakan sebuah projek sempena bulan Ramadan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas UIAM yang akan berlangsung bagi siri ketiga pada tahun ini. Projek Ramadhan ini pertama kali dilaksanakan pada tahun 2024 dan kali kedua pada tahun ini 2026, di mana GPMS UIAM menjalankan program Santunan Kasih di pusat jagaan anak yatim Nurrawdhah. Pada tahun ini pula GPMS UIAM berhasrat untuk melaksanakan sekali lagi projek ramadan yang bukan sahaja berfokus kepada program rumah anak yatim malah turut berhasrat untuk melaksanakan program kongsi rezeki dengan mahasiswa UIAM iaitu majlis berbuka puasa serta perkongsian kotak makanan hari raya, kelengkapan solat dan duit raya .
Bagi program kongsi rezeki atau dikenali sebagai Festival Ramadhan “Sehidang Iftar, Sejuta Harapan: Sumud Palestine & Asnaf UIAM, GPMS Cawangan Khas UIAM akan melaksanakan program berbuka puasa dan subangan kepada mahasiswa asnaf UIAM . Program ini akan dilaksanakan pada 12 Mac 2025 (Khamis) bertempat di Multipurpose Hall Wadi Budi, UIAM Gombak. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk berkongsi rezeki sesama mahasiswa UIAM malah untuk mengeratkan hubungan antara belia dan komuniti kejiranan yang terlibat.
Bagi program Santunan Kasih Rumah Anak Yatim pula, GPMS UIAM berhasrat untuk menyantuni seramai 37 orang anak yatim yang berusia daripada 8 hingga 16 tahun di pusat jagaan anak yatim Nurrawdhah, Kuala Lumpur. Program ini akan dilaksanakan pada 14 Mac 2025(Sabtu). Program ini juga bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim dengan menjalankan beberapa aktiviti bersama mereka. Kami turut berhasrat untuk memberi sumbangan barang keperluan seperti makanan kering, minuman, bahan masak dan lain-lain untuk rumah kebajikan tersebut.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen dilancarkan
20 Feb 2026

