RM 1,873.00
daripada sasaran RM 10,000.0047
penyumbangSetiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen
Kelab Sahabat Kafeteen Malaysia kali ini akan menggerakkan sebuah projek yang akan memberi fokus kepada kebersihan diri di kalangan remaja. Projek yang diberi nama Sahabat Kasih ini akan menekankan kepada kepentingan menjaga kesihatan diri bermula daripada penjagaan kebersihan diri di kalangan golongan remaja. Seperti yang kita ketahui, ketika pandemik Covid-19 ini, kebersihan diri adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan.
Melalui Projek Sahabat Kasih ini, kami akan mengedarkan 200 set kebersihan diri kepada golongan remaja dari keluarga yang kurang berkemampuan. Sebanyak RM10,000 diperlukan untuk mencapai objektif projek ini. Sokongan dan sumbangan daripada anda amat dialu-alukan bagi menjayakan projek ini. Jom kita sama-sama sebarkan kempen. Remaja yang sihat akan melahirkan generasi yang aktif dan lebih berkeyakinan.
Set kebersihan diri bernilai:
RM50/set perempuan:
Pad Wanita Pantiliner, Hand Sanitizer, Face Mask, Cotton Bud, Sabun Badan, Shampoo Rambut, Ubat Gigi, Berus Gigi, Shaver, Sikat Rambut, Nail Clipper, Reusable Bag.
RM40/set lelaki:
Hand Sanitizer, Face Mask, Cotton Bud, Sabun Badan, Shampoo Rambut, Ubat Gigi, Berus Gigi, Shaver, Sikat Rambut, Nail Clipper, Reusable Bag.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen telah berakhir
15 Oct 2021
10% jumlah sumbangan
18 Sep 2021
Sumbangan ke-10
15 Sep 2021
Sumbangan pertama
15 Sep 2021
Kempen dilancarkan
15 Sep 2021