Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

PROJEK SAHABAT KASIH

Sebuah projek agihan set kebersihan diri untuk remaja yang kurang berkemampuan.
PROJEK SAHABAT KASIH
Umum

RM 246.00

daripada sasaran RM 10,000.00
2.46% Complete

11

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Kelab Sahabat Kafeteen Malaysia akan meneruskan lagi Projek Sahabat Kasih. Projek yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kebersihan diri kepada golongan remaja ini adalah kesinambungan daripada respon positif para penerima dan penyumbang. Projek ini akan menekankan tentang kepentingan menjaga kebersihan diri dalam kalangan remaja terutamanya di musim COVID-19 ini. Seperti yang kita semua ketahui , kebersihan diri amatlah penting dan ianya perlulah dididik dalam diri bermula dari sekarang.

Melalui Projek Sahabat Kasih yang lepas, kami telah membuat agihan sebanyak 40 kit kebersihan diri kepada remaja di sekitar negeri Selangor. Untuk kali ini, kami menyasarkan untuk mengedar 200 kit kebersihan diri , kepada golongan remaja daripada keluarga yang kurang berkemampuan . Sebanyak RM 10 , 000 diperlukan untuk mencapai objektif projek ini . 

Sokongan dan sumbangan daripada anda adalah sangat dialukan , bagi menjayakan projek ini . Marilah kita sama-sama menyebarkan kempen ini . Remaja yang sihat akan melahirkan insan yang berkeyakinan dan berdedikasi tinggi .

 

2Q==

Set kebersihan diri bernilai:

RM50/set perempuan:

Pad Wanita Pantiliner, Hand Sanitizer, Face Mask, Cotton Bud, Sabun Badan, Shampoo Rambut, Ubat Gigi, Berus Gigi, Shaver, Sikat Rambut, Nail Clipper, Reusable Bag.

RM40/set lelaki:

Hand Sanitizer, Face Mask, Cotton Bud, Sabun Badan, Shampoo Rambut, Ubat Gigi, Berus Gigi, Shaver, Sikat Rambut, Nail Clipper, Reusable Bag.

 

Berikut merupakan gambar-gambar yang kami perolehi semasa projek yang sebelumnya dijalankan :

 

9k=

9k=

2Q==

9k=


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

20 Nov 2021

Sumbangan ke-10

05 Nov 2021

Sumbangan pertama

23 Oct 2021

Kempen dilancarkan

21 Oct 2021