Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

PROJEK SAHABAT KASIH RAMADHAN 1444H/2023

Program ini bertujuan melatih remaja kini menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadat dan juga bulan kebajikan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik (anak yatim, asnaf, anak tahfiz)
PROJEK SAHABAT KASIH RAMADHAN 1444H/2023
Komuniti

RM 1,270.00

daripada sasaran RM 9,500.00
13.368421052632% Complete

70

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Allah SWT berfirman:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)

PROJEK SAHABAT KASIH RAMADHAN 1444H/2023

Program ini dibawakan oleh Kelab Sahabat Kafeteen Malaysia bagi meraikan anak-anak yatim, golongan asnaf dan keluarga ahli sahabat yang kurang berkemampuan dan yang terkesan dengan Covid-19.

Antara bentuk aktiviti yang telah dirancang adalah seperti pengagihan kurma, memasak dan agihan bubur lambuk bersama warga emas, berbuka puasa bersama anak yatim/tahfiz, bantuan makanan dalam meraikan Syawal yang bakal menjelang.

Bukan itu sahaja, program yang bakal dilaksanakan ini sedikit sebanyak dapat memberi peluang pada Sukarelawan SAHABAT KAFETEEN yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja berusia 15-25 tahun untuk menyumbang tenaga di samping menambah amal kebaikan di bulan yang mulia ini.

9k=      

9k=   

9k=      

9k=   

Beberapa aktiviti telah dirancang sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Antaranya:-

  1. Edaran Kurma (Pulau Pinang, Kuala Lumpur) - Kos RM500
  2. Memasak dan agihan bubur lambuk bersama Warga Emas/Anak Yatim (Pulau Pinang, Kuala Lumpur, ) - Kos RM1200
  3. Berbuka puasa bersama anak yatim, asnaf, pusat tahfiz (Kuala Lumpur) - Kos RM4000
  4. Sumbangan hari raya kepada anak yatim, asnaf, pusat tahfiz (Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak) - Kos RM3800

Setiap program yang dijalankan dengan menggunakan sumbangan tuan/puan akan dimasukkan di dalam media sosial rasmi kelab di instagram dan facebook. 

Justeru, kelab Sahabat Kafeteen Malaysia memohon sumbangan daripada tuan/puan/sahabat agar program ini dapat direalisasikan oleh Sukarelawan SAHABAT KAFETEEN yang sentiasa bersemangat untuk membantu pihak yang memerlukan bantuan.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

10 Apr 2023

10% jumlah sumbangan

22 Mar 2023

Sumbangan ke-50

10 Mar 2023

Sumbangan ke-10

10 Feb 2023

Sumbangan pertama

10 Feb 2023

Kempen dilancarkan

09 Feb 2023