Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

PROJEK SINARAN IQRA' 0.7 & 0.8 (2)

Projek Sinaran Iqra' adalah program yang dijalankan oleh COMRADE CLUB IIUM untuk membimbing dan meningkatkan kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan Orang Asli di Kampung Susu, Cameron Highlands
PROJEK SINARAN IQRA' 0.7 & 0.8 (2)
Kemanusiaan

RM 192.00

daripada sasaran RM 5,000.00
3.84% Complete

19

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Kemahiran membaca al-Quran adalah salah satu aspek asas Islam yang perlu diusahakan oleh setiap Muslim. Oleh kerana Orang Asli merupakan kumpulan minoriti di Malaysia, maka menjadi tanggungjawab bersama untuk membiasakan mereka dengan syariat yang digariskan dalam al-Quran, termasuk untuk membacanya dengan “tartil”. Maka, objektif program kali ini adalah untuk membimbing mereka dalam pembacaan al-Quran serta meningkatkan kesedaran akan kepentingan al-Quran sebagai salah satu rukun iman.

Sebelum ini, Projek Sinaran Iqra' (PSIQ) fasa 4.0, 5.0, dan 6.0 masing-masing telah diadakan pada tahun 2019 di Kampung Susu, Teji, dan Abu di Cameron Highlands. Selepas dua tahun berlalu tanpa program ini akibat pandemik, program ini adalah kesinambungan daripada program sebelumnya. Program ini akan dilaksanakan selama dua fasa di Kampung Susu, Cameron Highlands, iaitu fasa ketujuh pada akhir bulan Oktober dan fasa kelapan pada pertengahan bulan November. Selain itu, program ini juga direka sebagai sebuah sesi pembelajaran yang berterusan di antara peserta dan penduduk kampung Islam di kawasan tersebut. Di samping mengukuhkan ukhuwah antara kedua-dua pihak, COMRADE CLUB IIUM juga akan menyokong kesejahteraan mereka dengan membekalkan keperluan asas bagi setiap keluarga.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

15 Nov 2022

Sumbangan ke-10

21 Oct 2022

Sumbangan pertama

16 Oct 2022

Kempen dilancarkan

16 Oct 2022