Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

PRSK KONGSI REZEKI 2023

Permohonan sumbangan bagi inisiatif PRSK Kongsi Rezeki 2023 untuk membantu mahasiswa-mahasiswa universiti B40, asnaf dan anak-anak yatim.
PRSK KONGSI REZEKI 2023
Kemanusiaan

RM 747.00

daripada sasaran RM 6,000.00
12.45% Complete

41

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Program PRSK Kongsi Rezeki ialah program tanggungjawab sosial korporat Majlis Perwakilan Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan untuk membantu mahasiswa-mahasiswa universiti B40, asnaf dan anak-anak yatim. Kutipan sumbangan yang disasarkan sebanyak RM6000.00 ini akan diberi kepada penerima-penerima sumbangan yang merupakan golongan mahasiswa universiti bergolongan pendapatan B40, asnaf atau anak yatim melalui perwakilan PRSK di seluruh universiti di Malaysia. Sumbangan yang akan diberikan adalah berbentuk pakaian, sumbangan keperluan dapur/makanan, dan sumbangan wang tunai kepada mahasiswa yang terlibat.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

14 Apr 2023

10% jumlah sumbangan

10 Apr 2023

Sumbangan ke-10

06 Apr 2023

Sumbangan pertama

25 Mar 2023

Kempen dilancarkan

25 Mar 2023