RM 1.00
daripada sasaran RM 2,000.001
penyumbang28
hari lagiQasih Ramadan JOSA merupakan sebuah program kebajikan anjuran Johor Student Association (JOSA), International Islamic University Malaysia (IIUM) bersempena bulan Ramadan.
Program ini bertujuan menyampaikan bantuan berbentuk barangan keperluan ibadah seperti sejadah, tasbih dan kelengkapan berkaitan kepada golongan yang memerlukan.
Pelaksanaan program dibuat dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor melalui senarai penerima di bawah inisiatif e-Kasih, bagi memastikan sumbangan diagihkan secara telus dan tepat kepada sasaran.
Melalui kempen ini, pihak penganjur berharap dapat memberi kemudahan beribadah serta menceriakan Ramadan para penerima, di samping membuka ruang kepada masyarakat untuk menambah amal kebajikan
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Sumbangan pertama
16 Feb 2026
Kempen dilancarkan
16 Feb 2026

