RM 0.00
daripada sasaran RM 1,150.000
penyumbang10
hari lagiAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan penuh rasa keinsafan dan keprihatinan, Persatuan Penduduk Taman Ukay Perdana UP1 ingin mengajak tuan/puan untuk bersama-sama menyemarakkan keberkatan bulan Ramadhan yang akan datang, dengan menyumbangkan bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan.
Kami membuka peluang kepada para dermawan yang budiman untuk menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menyediakan makanan berbuka puasa kepada saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik. Setiap sumbangan yang diberikan bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi juga menjadi amal jariah yang berpanjangan.
Semoga dengan keikhlasan ini, Allah SWT mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada tuan/puan serta memudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Kami mengfokuskan kepada golongan yang kurang kemampuan di kawasan Ampang dan Kuala Lumpur .
“Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.”
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen dilancarkan
13 Feb 2025