Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

RAYUAN BANTUAN BAIKI SURAU

Sumbangan membaiki surau untuk kegunaan kafa anak-anak dan aktiviti demi keselesaan anak
RAYUAN BANTUAN BAIKI SURAU
Pendidikan

RM 0.00

daripada sasaran RM 50,000.00
0% Complete

0

penyumbang

84

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran atas nikmat kurniaanNya kepada kita semua. Semoga semuanya beroleh rahmat, keberkatan dan hidayah dari Allah SWT.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, tujuan utama kempen adalah untuk menaiktaraf surau lama yang agak lusuh.Surau ini digunakan untuk aktiviti kafa anak-anak di kawasan Triang.Ini bertujuan untuk keselesaan anak-anak yang belajar mengaji dan belajar solat di surau ini.

Insya-Allah, Surau Srikandi akan melalui proses baik pulih sewaktu cuti persekolahan ini iaitu melibatkan kerja kerja penggantian tingkap yang pecah dan karpet surau yang lusuh,memperluaskan ruangan solat wanita serta memasang langsir dan beberapa hiasan dalaman dan luaran surau.

Jadi saya merayu sedikit sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi menampung kos kerja-kerja baik pulih berkenaan. Moga dengan sumbangan tersebut menjadi asbab untuk tuan puan mendapat rahmat dan kasih sayang dari-Nya.
Kos keseluruhan untuk projek ini ialah RM30000.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, Lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”(Surah al-Baqarah ayat 261)

Dari maksud ayat ini, kita boleh bayangkan betapa besarnya pulangan derma atau sedekah yang diberikan kerana mengharapkan redha Allah itu. Jika misalnya wang derma satu ringgit itu diumpamakan sebagai sebiji benih sebagaimana dalam ayat di atas, ini bermakna apabila kita bersedekah satu ringgit, satu ringgit itu akan tumbuh berkembang menjadi tujuh ringgit. Setiap satu ringgit dari tujuh ringgit itu pula akan menghasilkan seratus ringgit. Ini bermakna seratus darab dengan tujuh akan menghasilkan jumlah tujuh ratus ringgit.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen dilancarkan

16 Jan 2025