Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

RAYUAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR

Banjir pada kali ini adalah luar biasa dan telah meragut nyawa dan ramai yang kehilangan harta benda. Marilah bersama-sama kita ringankan beban mangsa bencana banjir seluruh negara yang terkesan.
RAYUAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR
Kemanusiaan

RM 3,414.00

daripada sasaran RM 500,000.00
0.6828% Complete

63

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Yayasan Al-Manjie adalah merupakan Rakan Strategik Utama kepada Sekretariat Food Bank Malaysia yang bertanggungjwab mengumpul dan membantu proses agihan bantuan makanan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti NGO, Syarikat Swasta dan Agensi Kerajaan.

Sumbangan kewangan sangat diperlukan bagi memastikan bekalan makanan sentiasa ada untuk diedarkan kepada masyarakat yang memerlukan khususnya kepada mangsa banjir.

Sekiranya Tuan/Puan ingin menyampaikan barangan sumbangan, boleh hubungi kami di talian 019-2670609 bagi mendapatkan maklumat pusat pengumpulan dan sekiranya memerlukan pengangkutan.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

18 Feb 2023

Sumbangan ke-50

23 Dec 2022

Sumbangan ke-10

20 Dec 2022

Sumbangan pertama

20 Dec 2022

Kempen dilancarkan

20 Dec 2022