1. Ringkasan Laporan

Kelab PERKIM UIAM Gombak di bawah Biro Hikam telah berjaya menganjurkan sebuah program RED LEMOI pada 2 - 5 March 2022 yang mana menfokuskan  komuniti orang asli di Kampung POS Lemoi, Cameron Highland.  Program ini bertujuan memperkasakan komuniti Lemoi dari segi pendidikan rendah, pendidikan agama dan menggilap kemahiran dalam pekerjaan, di samping mengeratkan hubungan dengan komuniti Kampung Orang Asli Pos Lemoi, Cameron Highlands. Selain itu, sumbangan juga akan diagihkan bagi menampung bekalan dan keperluan harian mereka. Antara sumbangan yang akan diberikan adalah berbentuk makanan pagi, tengah hari dan malam, barang catuan seperti beras, minyak masak, gula, biskut, kit pembersihan seperti sabun mandi, serbuk detergent, pelitup muka dan hand senitizer juga turut diberikan untuk mereka yang tinggal di Kampung POS Lemoi, Cameron Highland. Seramai 60 orang sukarelawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Butiran sumbangan adalah seperti berikut:
1) Makanan
* Ration Goods
* Grand Feast
* Mahabbah Meals


2) Ubatan
* Hygiene Kit
* Covid-19 Antigen Self Test kit


3) Pendidikan
* Stationery Kit

 

Sumbangan yang anda semua berikan telah kami salurkan ke orang orang di Kampung POS Lemoi, Cameron Highland. 

2. Pecahan Dana

Makanan : RM 6,355.00
Ubatan : RM 1,798.00
Pendidikan : RM 874.00
Prasarana : RM 453.00
Lain-lain : RM 520.00

3. Nota Terima Kasih

Terima kasih atas sumbangan ikhlas anda.