RM 1,410.00
daripada sasaran RM 10,000.0045
penyumbangSetiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen
Hujan yang berterusan dan fenomena air pasang telah menyebabkan berlakunya banjir luar jangka di beberapa buah negeri termasuklah di Ibu negara. Bencana banjir ini bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat malah menjejaskan aktiviti ekonomi harian. Bencana ini juga turut menyebabkan putusnya bekalan makanan, minuman air bersih, tempat tinggal, harta benda dan sebagainya. Ramai yang menjadi mangsa dan memerlukan bantuan keperluan asas bagi menampung keperluan dan meringankan beban sebelum keadaan kembali pulih seperti sedia kala.
Oleh hal yang dekimian, Sahabat Kafeteen dari serata pelosok negeri bekerjasama untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas. Sumbangan ini akan sedikit sebanyak membantu dan memberi keselesaan kepada mangsa banjir.
Antara barangan yang dianggarkan untuk disalurkan kepada mangsa banjir adalah seperti berikut:
Air minuman botol besar | Berus |
Tuala mandi | Sarung tangan getah |
Tuala wanita | cangkul |
Berus gigi | water jet |
Ubat gigi | kasut boot |
Hand sanitizer | Plastik sampah |
Shampoo | Sabun cuci (2kg) |
Face mask | Penarik air |
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen telah berakhir
22 Mar 2022
10% jumlah sumbangan
27 Dec 2021
Sumbangan ke-10
22 Dec 2021
Sumbangan pertama
22 Dec 2021
Kempen dilancarkan
22 Dec 2021